Tuesday, November 9, 2010

Penjual ubat di kaki lima memang hebat dari segi promosi. Kalau kita dengar dan amat-amati betul macamlah mereka tu tahu semua dan cukup mahir dengan berbagai penyakit. Sebab itu dalam filem P Ramli pun ada slot tentang penjual ubat ni. Profesyen ini memang dah lama bertapak. Entah bila dan bagaimana ianya bermula tak ada siapa yang tahu. Yang pasti penjual ubat dikali lima atau di tepi jalan memang mahir berbicara dan berpidato. Sebab itu ramai yang terpengaruh. Mereka ni tak perlu sekolah tinggi. Cukup dengan bekal ilmu sana sini yang mereka dapat. entah dari mana ilmu itu hanya mereka saja yang tahu.
Kalau kita ke jalan Chow Kit di Kl memang banyak penjual ubat kaki lima. Cubalah perhatikan pasti ada pelanggan mereka. Yang paling laris tentunya ubat kuta laki-laki. Macam-macam yang mereka ceritakan untuk menarik pelanggan. Minggu lepas ada di tulis dalam sebuah akhbar tempatan tentang penjual ubat ini. Kebanyakan ubat tak berdaftar dan pelanggan cukup maklum tentang perkara ini. Yang mushjilnya kenapa pegawai penguatkuasa tak dapat membanteras kegiatan ini. Mereka ni dengan pegawai penguatkuasa main kucing-kucingan. Las-las dapatlah di tangkap beberapa orang tapi yang lain jual lagi. Masalah mereka ni sama seperti penjual barangan di kaki lima. Baru-baru ini sewaktu di Paris sayapun nampak penjual-penjual ni bertempiaran lari bila melihat pegawai penguatkuasa datang. Dulu waktu di Mekahpun begitu juga. berkejar-kejaran dengan penguatkuasa. Masalah ini dah menjali masalah yang universal

Dalam akhbar tersebut ada dinyatakan tentang temuramah dengan beberapa pelanggan. Menurut pelanggan mereka mendapat maklumat yang lengkap tentang ubat-ubatan yang mereka nak beli. Sebab itu mereka beli. Entah betul atau tidak tak siapa yang pasti. Mnurut pelanggan kalau ke kedai farmasi mereka buat tak tahu aja. Tak ada yang nak memberi penerangan seperti penjual ubat dikaki lima. Jadi ahli farmasi yang punya kedai ubat perlu memberi perhatian tentang perkara ini.

Kalau di hospital banyak rungutan pesakit tentang doktor yang tak kisah nak memberi maklumat kepada pesakit. Banyak yang komplain yang mereka tak tahu apa sakit yang sedang diderita kerana doktor tak nak cerita. Datang tengok pesakit, ambil tekanan darah lepas tu tulis-tulis sikit dah selesai. pesakit blank aja tak diberi tahu penyakit mereka. Jadi beda dengan penjual ubat dikaki lima. Tak tanyapun mereka akan cerita apa lagi kalau bertanya, lagi mereka akan cerita.

Ini cabaran buat ahli farmasi dan doktor.Bilakah kita akan berubah supaya lebih mesra pesakit dan sudi untuk berkongsi ilmu. kan itu amal jariah tu.
Wassalam

No comments:

Post a Comment