Friday, July 23, 2010

Hari rabu petang saya check in di sebuah hotel ternama di JB. Saya terkejut juga bila nak check in kerana pegawai yang bertugas di kaunter kenal dan tahu nama saya. Rupanya dia memperhatikan saya kerana saya kerap tinggal di hotel tersebut.Bila saya nak check in dia langsung print nama saya dan minta saya tandatangan. Nombor kereta sayapun ada dalam rekod hotel tersebut. Perkara ini memang kelihatan kecil tetapi dalam maknanya bagi seseorang individu. Inilah strategi yang digunakan oleh kedai mamak. Nampak saja kita masuk kedai dari jauh dia dah tahu apa kita nak makan dan apa minuman kegemaran kita. Inilah salah satu rahsia kejayaan kedai mamak. Di tempat kerja saya ramai staf yang makan minum di kedai mamak yang terletak dihadapan hospital.Bila ditanya kenapa mereka suka sangat makan di situ maka jawab staf kerana tauke kadai tersebut dah menyesiakan meja khusus untuk staf tersebut. Layanan yang nampak remeh ni rupanya memberi kesan yang besar kepada kejayaan business mereka.

Minggu ni berita hangat yang dibicarakan adalah tentang rancangan pemerintah untuk melaksanakan skim insuran nasional. Perkara ni dah lama diperbincangkan tetapi masih belum terlaksana. Saya sendiripun tak begitu faham tentang skim ini. Apakah ianya akan diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia atau hanya untuk pekerja yang mencarum dalam EPF sahaja? Sama-sama kita lihat nanti. Yang menjadi tanda tanya adalah apakah pemegam insuran peribadi dari syarikat-syarikat insuran juga akan diwajibkan membeli insuran kerajaan ini? Entahlah kita sendir masih belum jelas tentang perkara ini. Di United Kingdom National Health Scheme sudah lama dilaksanakan. Doktor swasta yang membuka klinik atau lebih dikenali sebagai GP memainkan peranan penting untuk merawat pesakit pada peringkat awal. Pesakit hanya ke hospital jika dirujuk oleh GP berkenaan. Jadi mereka tak dibenarkan pergi langsung ke hospital jika tidak ada rujukan dari GP. Jadi apakah kita akan mengikuti sistem sedemikian?

Untuk sementara waktu ada baiknya jika kita membeli insuran perubatan yang banayak dijual di negara kita. Premium yang dikenakanpun taklah begitu mahal. Jika diusia muda membayar premium RM 50 sebulanpun sudah cukup untuk mendapatkan kemudahan rawatan sehingga RM 100,00.00. Jika dah sakit memang tak mampu kita nak bayar sekaligus dengan wang tunai.Oleh itu perlu membeli insuran supaya kita boleh membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi diri kita.

Di negara seberang heboh diperkatakan tentang kopi tahi musang. Artinya kopi ini diambil dari najis musang yang memakan biji kopi. Rupanya bila musang makan kopi biji kopi yang ditelan oleh musang akan dikeluarkan sebagai tahi musang dan biji inilah yang diambil dengan cara membersihkan tahi tersebut. Bunyinya memang menjijikkan tetapi toh ada manusia yang suka buat kerja yang pelik-pelik ni. Dikhabarkan harga secawan kopi tahi musang melebihi RM 250 secawan. Memang tak masuk akal , sudahlah jijik mahal pula. Tapi rupanya kopi jenis ini menjadi rebutan ramai. Manusia memang pelik dan suka melakukan perkara yang pelik. Di Hong Kong ada restoran khusus yang menyediakan makanan eksotik seperti daging buaya, penyu, harimau, otak monyet dan sebagainya. Malah ada yang menjual ulat dan cacaing untuk dijadikan makanan. Anehnya ramai pula peminatnya.Kononnya untuk mendapatkan kekuatan batin yang luar biasa.Sebagi orang Inslam kita ada panduan tentang makanan apa yang dibolehkan menurut syarak.Lagipun Nabi berpesan makanlah kamu bila kamu lapar dan berhentilah makan sebelum kita kenyang. Nabi mengajarkan kita memakan makanan yang bersih, halal dan berkhasiat.Minuman kesukaan Nabi adalah susu kambing dan makanan kesukaan Nabi adalah kurma.
Wassalam

No comments:

Post a Comment