Monday, July 26, 2010

Masalah utama pesait di negara kita adalah kekurangfahaman tentang penyakit yang dihadapi.Akibatnya mereka mempunyai persepsi yang berbeza-beza dan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita orang.Saya perhatikan masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap dan cerita-cerita teman-teman .Di suraupun saya lihat terjadi aktiviti menjual berbagai produk bahan-bahan alternatif yang katanya boleh menyembuhkan berbagai macam penyakit.Lepas solat akan ada saja rakan yang cuba memeasarkan produk-produk yang katanya di datangkan khas dari negara timur tengah.Yang uniknya kata mereka produk-produk tersebut boleh menyembuhkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, darah kotor, kencing manis, kurang darah , menguatkan tenaga dan sebagainya.Jadi dengan menggunakan satu jenis produk sahaja beberapa jenis penyakit dapat disembuhkan. Yang peliknya ada pula yang percaya.
Sampai bila masyarakat kita akan begini tidak ada siapa yang tahu. Bagi saya semuanya berpunca kerana kurangnya penyampaian maklumat yang betul oleh orang-orang yang bertanggungjawab dalam bidang ini.Tentunya yang paling berautoriti adalah para doktor diikuti oleh ahli farmasi, jururawat dan sebagainya.Malangnya mereka kurang memberikan kaunseling kepada pesakit-pesakit berkenaan sehingga maklumat yang sebenar tentang sesuatu penyakit tak sampai.Kita megambil contoh penyakit diabetes.Berapa ramai pesakit jenis ini yang betul-betul faham penyakit diabetes itu apa dan dibahagi kepada berapa jenis.Apa itu diabetes type 1 dan diabetes type 2. Apakah penyakit ini boleh disembuhkan atau tidak. Apakah pesakit pernah diberitahu punca penyakit ini, bagaimana mengawalnya dan fungsi ubat-ubatan yang diberikan.Jadi segala macam persoalan ini tak pernah dirungkai dan difahami oleh pesakit. Akibatnya komplian pesakit amat kecil dan pesakit cenderung memilih rawatan yang mereka fikir baik untuk diri mereka.Akibatnya dalam jangka panjang berbagai komplikasi akan terjadi.

Besok kita sambung kerana waktu subuh dah masuk dan saya perlu ke surau untuk menunaikan solat subuh. Wassalam

No comments:

Post a Comment