Friday, July 2, 2010

Tentunya berita yang hangat diperbualkan pagi ni adalah tentang kekalahan Brasil pada Belanda.Kemudian kekalahan Ghana pada uruguay melalui sepakan penalti. Inilah yang dinamakan bola. Jutaan manusia yang bergadanag malam tadi menonton bola.Bagi yang bercuti hari ni mereka boleh sambung tidur tapi bagi yang bekerja ibarat nyawa-nyawa ikanlah mereka nanti. Nak kerjapun tak semangat kerana ngantuk. Ada kawan yang sakit dada kerana tak cukup tidur dan terpaksa datang buat ECG kat hospital kerana takut serangan jantung. Sekarang serangan jantung bukan lagi ikut usia. Di tempat kerja saya pesakit paling muda yang mendapat serangan jantung berusia 32 tahun. msih terlalu muda untuk penyakit yang begini tapi kerana perubahan pola hidup dan tingkah laku menyebabkan penyakit ini menyerang. Biasanya yang berisiko tinggi adalah mereka yang melebihi usia 40 tahun, itupun jika ada kesan genetik seperti orang tua mengidap penyakit jantung.

Saya sedang membaca buku tentang ubat-ubatan dan InsyaAllah lepas ni saya akan cuba menulis buku tentang ubat-ubatan untuk dijadikan panduan oleh masyarakat. Buku saya yang pertama tentang kerjaya Ahli farmasi telahpun diterbitkan dan dah mula dijual tapi perlahan sikit kerana orang kita ni sayang nak keluar duit untuk membeli buku. Tak apalah yang penting kepuasan diri untuk berkongsi ilmu. Buku yang saya baca ni di tulis oleh Ray D. Saya baru menghabiskan beberapa helai muka surat.Dalam buku ni ada diceritakan tentang kisah isteri teman beliau yang mati mengejut kerana mengambil ubat Hormon replacement Therapy. Teman beliau bernama Phil dan isteri teman beliau bernama Cynthia. Macam biasa bila dak menopause Cynthia berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang HRT. Maklulah jika tak makan HRT macam-macam kesan sampingan yang diderita.Ini yang menggerakkan beliau untu mendapatkan nasihat dari doktor. Menurut doktor beliau adalah selamat menggunakan HRT kerana dah ribuan pesakit beliau yang menggunakan HRT tapi belum ada laporan tentang kesan sampingan yang serius. Atas nasihat ini Cynthia mula mengambil HRT. Apa dia HRT? HRT adalah campuran estrogen dan progenteron iaitu hormon pada wanita yang berkurangan jumlahnya bila lepas menopause. Yang paling ketara penurunan jumlahnya adalah estrogen. Cynthia mula menggunakan HRT ini menurut nasihat yang diberikan oleh doktor. Beberapa bulan kemudian tiba-tiba Cynthia jatuh pengsan dan terus meninggal dunia. Tentu Phil amat terkejut dan menurut keterngan doktor Cynthia dijangka meninggal kerana serangan jantung. Phil memang tak berpuas hati kerana ynthia tak ada maslah sebelum ini dan beliau amat menitikberatkan kesihatan dengan berjongginh dan mengawal pemakanan. Beliau juga tak ada sejarah darah tinggi. atu hari Phil membuat temujanji dengan Pakar jantung. Sambil makan malam dia bertanya kenapa isterinya meninggal dunia secara tiba-tiba. menurut teman beliau yang merupakan pakar jantung, Cynthia meninggal kemungkinan kerana pembekuan darah ke jantung kerana estrogen memang diketahui boleh menyebabkan blood clot terutama ke kaki, jantung dan otak. Jadi menurut perkiraan pakar jantung tadi kemungkinan terjadi darah beku dan menyebabkan jantung Cynthia tersumbat.

Inilah risiko yang perlu diambil bila kita menggunakan sesuatu ubat-ubatan.Walau macam manapun bagi kita ajal maut di tangan Tuhan dan tentu ada penyebab seseorang itu untuk mati. Wassalam

No comments:

Post a Comment