Saturday, July 10, 2010

Malam tadi german mengalahkan Uruguay 3-2. Kemenangan ini sesuai dengan ramalan sotong dan Burung dari Singapura. Malam ni final bolasepak antara Sepanyol dan Belanda. Ini tentu memeningkan kaki judi kerana sotong meramalkan Sepanyol menang sedangkan burung meramalkan Belanda. Jadi peninglah kepala kaki judi. Macam mana ramalan sotong boleh betul hanya tuhan yang tahu. Bagi orang Islam percaya kepada ramalan adalah syirik dan berdosa. Berjudi , minum arak dan meramal nasib adalah dosa besar yang perlu dijauhi. Malam ni penuhlah kedai mamak oleh orang yang menonton final bolasepak. Mula jam dua pagi sampai subuh ramai yang akan bergadang menonton tv.Ramai yang sanggup ni kerana minat yang luar biasa. Saya setakat ni tak ambil pedulilah tentang benda ni. Saya lebih suka mengetahui keputusannya sahaja, lebih mudah dan tak stress. Nak katakan tak minat nonton bola tak juga. Kalau siaran jam sepuluh mungkin saya akan nonton.
nak nonton tu nontonlah tapi jangan sampai ponteng kerja dengan sengaja ambil MC. Ingat kita kerja nak cari rezeki yang halal bukan yang haram.Kalau tidak lebih baik ambil cuti dan lepas subuh terus lepak sampai tengahari. Rasulullah melarang kita tidur selepas subuh kerana mereka yang tidur lepas subuh akan terlepas rezeki.Tapi berapa ramai manusia yang peduli dengan perintah ini.

Waktu saya di Clark Quay Singapura awal bulan lepas begitu juga .Riuh rendah manusia menonton tv di kedai yang menyediakan tv besar.Memang nonton ramai-ramai tu seronok dari nonton di rumah.Cuma kena ingat jangan sampai berjudi.

Dua hari lepas saya mengikuti seminar Asia Pacific healthcare conference di Subang. Memang cerita tentang healthcare ni tak pernah habis. Saban hari ada saja teknologi baru yang diperkenalkan tapi yang pasti masalah juga semakin banyak. Industri healthcare dianggap sebagai industri yang sangat merbahaya bukan dari segi revenue dan keuntungan tetapi komplikasi buruk kepada pesakit. Lihat saja masalah acquired nosocomial infection .Nosocomial infection adalah jangkitan kuman yang diderita pesakit dalam waktu 48 jam dimasukkan ke hospital.Punca jangkitan ini berbagai. Yang paling mudah adalah melalui sentuhan dari perawat sama ada doktor atau jururawat. Contoh mudah jika doktor yang memeriksa pesakit tak mencuci tangan tapi terus memegang pesakit lain maka kemungkinan berlakunya jangkitan nosocomial ni amat besar. Ini baru cerita sentuhan tangan. Sebab itu hand washing adalah suatu kemestian tapi siapa yang nak menguatkuasakan perintah ini. Semuanya tergantung kesedaran diri masing-masing. Satu lagi masalah adalah penggunaan berbagai jenis procedure di mana pesakit perlu melalui suntikan , pemasangan perbagai peralatan seperti bantuan untuk bernafas, catheter, alat untuk suntikan dan sebagainya yang memungkinkan terjadinya jangkitan kuman.

Yang menaraik menurut salah seorang penceramah dari India adalah syarikat insuran tak akan membayar kos rawatan akibat jangkitan nosocomial dan kos rawatan perlu dibayar oleh pesakit sendiri. Persoalannya bagaimana nak membuktikan yang jangkitan tersebut adalah jangkitan nosocomial. Jadi masalahnya cukup rumit. Mujur di negara kita masalah ini masih belum timbul.

Peranan pesakit mematuhi setiap arahan yang diberikan dan peranan perawat baik doktor atau staf yang lain untuk menjaga disiplin diri sewaktu melakukan rawatan akan menentukan nasib pesakit.
wassalam

No comments:

Post a Comment