Wednesday, December 22, 2010

Dua hari lalu terjadi kemalangan jalanraya yang menyayat hati.Bas dua tingkat terbabas dan jatuh terguling serta bersepai.Dikhabarkan 27 orang yang meninggal dunia dan kebanyakan rakyat Thailand.Semalam pemerintah Thailand mengirim pesawat tertera untuk membawa mereka pulang.
kemalangan jalanraya di negara kita cukup tinggi.Yang pasti hari-hari pasti ada dan keadaannya cukup mengerikan.Jalan tol memang bagus dan sedap untuk memandu laju.Jadi banyak yang terlupa dan akhirnya terbabas dan mengalami kecelakaan

Dari kajian yang dibuat diperingkat dunia pengangkutan yang paling selamat adalah kapalterbang.Jarang sekali ianya terjadi.Tapi jalanraya memakan mangsa saban hari diseluruh pelusuk dunia.Banyak yang tak dilaporkan kerana tak mungkin nak dimuat kesemuanya dalam akhbar.Yang terjangkau oleh wartawan hanyalah yang ada di sekitar mereka saja.Itu pun dah cukup mengerikan bagi kita untuk membacanya.

Memang urusan nyawa adalah urusan Tuhan tapi kalau kita sendiri yang nak menempah maut apakah kita perlu salahkan Tuhan.Nabi pesan jangan campakkan dirimu kelembah kebinasaan.Oleh itu berhati-hatilah ketika memandu dan amalkan sikap bertolak ansur.

Kemalangan yang paling besar adalah di hospital. Dari kajian yang dibuat oleh universiti Stanford pada setiap tahun lebih setengah juta hospital accidents dan lebih 100,000 kematian boleh dielakkan jika langkah patient safety dilaksanakan. Jadi kecelakaan dan kematian dihospital amat tinggi, cuma tak ramai yang dapat membuktikannya. Oleh itu petugas di hospital perlu mempunyai hati nurani yang baik supaya melaksanakan kerja mereka dengan ikhlas dan teliti.Bagi yang Muslim tentunya membaca doa sebelum melakukan kerja merawat pesakit merupakan suatu kemestian.Kalau tidak siapa yang boleh menjamin keselamatan pesakit yang menerima rawatan.Kalau kita teliti secara mendalam berapa ramai doktor dan jururawat yang mencuci tangan dengan disinfektan sebelum dan selepas merawat pesakit.Amat jarang perkara ini dilakukan sedangkan ianya merupakan suatu kemestian untuk mengelak jangkitan kuman kepada pesakit.

Manusia hanya boleh menjaga disiplin diri jika dia selalu ingat yang Tuhan sentiasa memerhatikan tingkahlakunya.Dia akan merasa takut jika tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.Kalau perasaan ini tak ada maka macam-macamlah kemalangan dan kecelakaan yang akan terjadi akibat dari kecuaian manusia.
Wassalam

No comments:

Post a Comment