Wednesday, December 15, 2010

Dua malam lepas dalam TV ada dilaporkan tentang penderitaan pesakit kerana dakwanya doktor salah memberi ubat. Beliau mengaku yang dirinya alergik terhadap ubat tersebut tapi doktor masih juga memberikan ubat berkenaan dan akibatnya kulitnya mengelembung dan melecur teruk. keadaan ini di sebut Steven johnson syndrome. Memang perkara seperti ini boleh terjadi walaupun jarang. sewaktu saya masih melakukan kerja klinikal di hospital besar dulu memang ada beberapa kes yang sebegini. keadaan kulit pesakit cukup parah dengan bengkak-bengkak di seluruh badan, bibir mengelembung dan pecah-pecah. Ada sebahagian kulit yang berair dan memang pesakit mengalami kesakitan yang teramat sangat.Penyakit ini masih boleh diubati tetapi memerlukan masa yang agak panjang.

Keadaan sebegini boleh dihindari jika doktor lebih teleti mengambil sejarah seseorang pesakit. Doktor juga perlu percaya dengan keterangan yang diberikan oleh pesakit dan sepatutnya doktor tidak mengambil sebarang risiko. Memang sudah diketahui umum bahawa alergik boleh mendatangkan keadaan yang serius seperti anaphylactic shock yang boleh meragut nyawa pesakit.

Masalah utama adalah kegagalan doktor untuk menulis sejarah alergik pesakit pada preskripsi yang diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat di farmasi. Jika tidak ditulis maka petugas farmasi tidak akan mengetahuinya dan tak boleh membuat pemeriksaan ulangan sebelum ubat didispen.Jika doktor menulis sejarah alergik pada preskripsi maka petugas farmasi boleh menyemak dengan pesakit sebelum sesuatu ubat didispen dan jika pesakit alergik dengan sesuatu ubat sedangkan doktor mempreskrip ubat tersebut maka petugas farmasi boleh mnghubungi kembali doktor yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian sebelum ubat didispen. Jika pesakit masih memakan ubat yang memang dia alergik kepada ubat tersebut maka secara otomatik kesan sampingan ubat akan datang secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan berbagai komplikasi seperti steven johnson sysndrom.

Satu lagi masalah utama di negara kita adalah kegagalan doktor untuk memberi laporan medical report apabila pesakit didischarge dari hospital. Di negara maju ianya merupakan suatu kemestian kepada doktor untuk menulis summary report setiap kali pesakit di discharge dari hospital.laporan ini amat penting bagi doktor lain yang akan merawat pesakit berkenaan jika ia memerlukan rawatan berikutnya.Jadi masalah alergik ini dapat dihindari jika setiap pesakit yang di discharge dari hospital dibekalkan dengan summary medical report.

Salah satu syarat akreditasi sesuatu hospital adalah keperluan untuk memberikan summary medical report bagi setiap pesakit yang di discharge.Syarat ini perlu ada jika ingin mendapatkan akreditasi dari Joint Commission International atau JCI yang beribu pejabat di USA.Sistem akrediatasi oleh pihak ketiga seperti JCI boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit. Di negara kita ada akreditasi hospital yang dikeluarkan oleh MSQH dan akreditasi yang sebegini dapat menjamin mutu perkhidmatan dan menjaga keselamatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital.

Wassalam

No comments:

Post a Comment