Sunday, December 12, 2010

Semalam dilaporkan 10 orang terkorban di Britain kerana penyakit selsema babi. Jadi mereka mati kerana jangkitan H1N1. Di negara kita kes yang sebegini masih ada cuma tak ada korban nyawa. Di banyak hospital ada saja dilaporkan jangkitan H1N1 tapi tak memakan korban nyawa dan tak serius seperti mula-mula dulu. Prinsipnya jika kita menjaga kesihatan diri InsyaAllah kita akan terhindar dari penyakit ini. Jika diteliti jumlah korban serangan demam dengue lebih merbahaya kerana telah banyak memakan korban nyawa.Kes-kes dengue masih berterusan dan masih ada yang terkorban kerana penyakit ini.Puncanya kerana tabiat buruk manusia yang suka membuang sampai merata rata sehingga menakung air yang membolehkan nyamuk aedes membiak dan menjangkiti manusia.

Banyak penyakit berpunca dari kecuaian manusia menjaga kebersihan.Dah banyak dah kempen yang dijalankan tapi sikap masyarakat makin buruk. Nilai dan norma mulia semakin terhakis sesuai dengan kemajuan teknologi. Manusia semakin mementingkan diri sehingga lupa tentang kepentingan jiran tetangga dan masyarakat umum. Habis nak buat macam mana. Nak dikatakan semuanya berpunca dari barat , saya tak setuju kerana masyarakat barat amat mementingkan disiplin dan kebersihan .pengalaman saya secara peribadi berada di berapa negara mereka , mendapati masyarakat mereka amat menghormati hak individu dan menjaga disiplin dengan baik. Jika ada pejalan kaki maka kereta akan berhenti memberi laluan. ini berbeza dengan negara kita di mana dari jauh lagi pemandu kereta akan menyalakan lampu memberi amaran supaya kita tak melintas. Jadi puncanya bukan dari orang lain tapi sifat buruk kita sendiri.

Malam sabtu saya dan famili mengunjungi i city di Shah Alam. Tempat ini memang bersebelahan dengan kampus induk UiTM. Tempat ini hanya menarik bila waktu malam kerana berbagai jenis lampu dinyalakan .Lampu-lampu yang dibentuk dalam berbagai bentuk ternaya amat mempesonakan.Saya dan famili berada di san cukup lama juga sampai jam 1 pagi.Nak masuk kena bayar RM 10 untuk satu kereta. Tempat ini memang cukup cantik dan menarik kerana berbagai bentuk lampu yang ada berbentuk binatang, tanaman, safari, buah-buahan dan macam-macam lagi.Kalau nak tahu kena pergi sendiri. Di bahagian paling hujung ada taman safari dan tiket yang dikenakan adalah RM 2 untuk satu kepala.

Pengunjung di tempat ini cukup ramai juga ,sebab itu tak terasa hari dah masuk pagi. tempat ini di buka sampai jam 3 pagi dan memang tak terasa hari dah jauh dinihari kerana lampu yang terang benderang dan manusia yang cukup ramai di situ.Tempat ini menjadi satu lagi tempat tarikan pelancung dalam mahupun luar. Cuma perlu pemasaran lebih bersungguh-sungguh kerana masih ramai masyarakat yang tak tahu. Kalau nak bergambar sakan memang di sinilah tempatnya.
wassalam

No comments:

Post a Comment