Thursday, December 9, 2010

Tengahari tadi saya berkesempatan solat zohor di mesjid komplek KLIA yang terletak di Nilai berhampiran kampung jijan.Mesjid ni cukup besar dan indah.Yang uniknya dalam mesjidnya banyak tiang-tiang yang menempatkan kipas angin.Jarang antara tiang adalah sekitar 5 meter antara satu dengan yang lain. Inilah pertama kali saya berjumpa mesjid dengan sistem kipas angin yang begini. Memang unik dan inovatif. Secara tradisional kipas angin hanya digantung di siling atau di dinding di sepanjang dinding.Tapi di mesjid ni digantung di tiang-tiang yang dibuat khusus.
Di Putrajaya ada mesjid yang dibuat dari besi waja yang disebut mesjid besi. Mesjid ni juga memang unik kerana di kiri kanan tak ada dinding. Jadi ianya terbuka begitu saja menghadap kolam di kiri kanan.Untuk mencegah jemaah dari terus terjun ke dalam kolam ada sekatan yang disediakan di kiri kanan kolam tersebut. Kalau solat maghrib cukup nyaman kerana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam mesjid. Ini juga kehebatan ahli arkitek yang mendisign mesjid ini.
Bulan lepas saya berkesempatan solat magrib di mesjid istiglal Jakarta Mesjid ni dibina di zaman Presiden Suharto tapi masih dirawat dengan rapi .Cuma masalahnya bila menjelang masuk magrin tempat wuduk wanita dah ditutup ,jadi bercampur aduklah laki-laki dan perempuan mengambil wuduk di tempat yang sama.Bagi laki-laki tak ada isu tapi wanita menjadi serba salah kerana nak buka tudung macam mana.Saya rami pengurusan mesjid ni perlu sensitif dengan masalah ini. Sebelum solat siap dengan taklimat khusus bagaimana nak melaksanakan solat, diikuti pengumuman tentang aktiviti yang akan dilakukan. Terdapat beberapa orang petugas beruniform yang mengawasi saf dan barisan jemaah agar tersusun rapi. Ini memang uniklah kerana saya tak berjumpa sistem begini ditempat lain.

Tahun lepas saya berkesempatan berkunjung selama satu minggu di Sanaa Yaman. Saya berkesempatan solat magrib di salah sebuah mesjid di sana. Mesjidnya taklah secanggih sperti ditempat kita. Tak ada tempat wuduk yang pakai sensor seperti di tempat kita. Tapi cukuplah untuk kegunaan mereka. Tempat wuduk masih menggunakan kolam dan airnya cukup sejuk macam air batu. Menjelang magrib tu turun hujan yang cukup lebat. Lepas magrib langsung saja imam sambung dengan solat jamak isyak. Saya buat tak tahu saja dan jemaah yang didepan sebuk menyebut jamak-jamak. Saya kemudian jamak sendiri sebagi musafir. Rupanya masih jahil saya dalam bidang ni.Saya sangkakan hanya musafir saja yang menjamak solat magrib dengan isya. Bila balik di malaysia saya bertanya uztaz di surau saya , dia kata memang dibolehkan menjamak magrib denganisya untuk keadaan seperti itu. Fahamlah saya kenapa Rasul menggalakkan kita bermusafir kerana banyak pengalaman dan ilmu baru yang akan kita dapat.

Sekarang dah banyak mesjid di negara kita yang pakai air conditioner sesuai dengan perkembangan semasa. Yang penting suasana perlu nyaman untuk kekusyukan solat. Tapi jika jiwa tak tenang buatlah apapu tetap tak akan khusyuk. Semua kemudian air condition, kipas angin hanyalah sekedar membantu. Khusuk akan datang dari jiwa yang tenang dan ketenangan akan datang jika jiwa bersih dari dosa.
Wassalam

No comments:

Post a Comment