Saturday, December 18, 2010

Pagi jumaat saya berkesempatan jalan pagi di sepanjang jalan Wong Ah Fook Johor Bahari.Tepat pejalan kaki memang cukup luas dan selesa cuma waktu pagi agak kotor.Sampah saraf berselerak di mana-mana. Tile pula tak pernah bercuci,kelihatan hitam dan tak enak dipandang.
Keesokan paginya saya berkesempatan pula jalan pagi di taman riadah Bandar Pasir Gudang.memang taman ini nampak indah dan menyenangkan mata kerana banyak tempat riadah yang dah ditambah.Kolam airpun dah ada air pancut dan kelihatan bersih.Cuma saya perhatikan dah mula ada tin-tin minuman yang dilempar ke dalam kolam tersebut.Lama kelamaan nanti kalau tak dibersihkan hari-hari maka sampah sarap akan mula berkumpul dan menjijikkan mata memandang.

Pagi tadi saya dah ada kembali di Seremban dan jogging di sekitan kawasan sSenawang Square. Macam biasalah sampah berselerak di mana-mana kerana malam tadi ada keramaian di situ.
Fenomina yang sebegini memang lumrah di merata tempat di negara kita. kalau anda rajin berjalan kaki di sekitar stesyen LRT di Kawasan Perkeliling lama jelas sekali di pinggiran sungai terdapat banyak sampah sarap yang bertaburan.
Masyarakat kita memang rendah kesedaran sivik. Nak dikatakan tak diajar di sekolah dah berbueh mulut guru menasihati agar menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Kebersihan itu sebahagian dari iman, kata para ustaz dan ustazah. Tapi ianya ibarat mencurah air didaun keladi.

Saya lihat ciri-ciri negara yang sedang membangun memang macam tu. Di Indonesia juga begitu.Dulu waktu saya ke manila, lagu tu juga lah. tahun lepas bulan April saya berkesempatan ke Yaman pun macam tu juga.Keadaan ini berbeda dengan negara maju. Di Paris keadaan nya bersih. kemudahan awam terawat rapi.Begitu juga dengan Dublin dan London. Telefon awam semuanya berfungsis kerana dirawat rapi dan tidak di rosak.Waktu saya berkunjung ke Dubai keadaannya juga baik walaupun belum mencapai taraf negara maju.
Di negara kita dah ada dua negeri yang mengistiharkan diri sebagai negeri maju iaitu Selangor dan melaka. Ya mungkin dari indikator ekonomi mereka dah mencapai tahap itu tapi tahap minda masyarakat masih ditakuk negara membangun. Jadi apa lagi yang kita nak buat supaya masyarakat berubah.

Kalau ke Singapura jangan ceritalah. Buang saja sampai akan ditangkap dan di denda $ 500, sebab itu semua orang akan takut. Tapi bila mereka masuk ke negara kita perangai merekapun macam rakyat tempatan juga. Mereka disiplin kerana takut undang-undang. Bagi saya keadaan inipun dah cukup baik. kalau masyarakat tak dengar kata maka kita perlu tegas dengan undang-undang supaya semuanya patuh dan kebersihan terjaga.

Wassalam

No comments:

Post a Comment