Tuesday, December 14, 2010

Dua hari yang lepas heboh diperkatakan tentang seorang pesakit dari Singapura yang berada dalam keadaan kritikal kerana hatinya sudah rosak.dia memerlukan liver transplant dengan segera untuk menyelamatkan nyawa.Konon ceritanya dia memakan ubat sinse selama beberapa bulan yang di beli dari Malaysia.
Masyarakat kita mudah salah faham dengan menganggap semua ubat tradisional adalah selamat kerana kononya berasal dari tumbuh-tumbuhan. Mereka lupa banyak juga tumbuh-tumbuhan yang beracaun dan boleh membunuh. Mereka juga tidak tahu yang proses pembuatan ubat dari tumbuh-tumbuhan itu juga boleh mendatangkan bahaya bila peralatan yang digunakan tidak selamat seperti bekas yang digunakan mengandungi plumbum yang tinggi. Ada juga ubat-ubatan tradisional yang dicampur dengan steroid untuk mendatangkan kesan yang diinginkan.

Di negara kita belum semua ubat tradisional yang didaftarkan kerana proses pendaftaran yang rumit dan memerlkan waktu yang panjang. Kalau ubat-ubatan moden memang semuanya perlu didaftarkan sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.Itupun ada yang menjual ubat yang tak berdaftar kerana mereka mendapatkannya dari negara jiran dengan cara menyeludup ubat-ubat tersebut.
Banyak ubat sama ada moden atau tradisional yang boleh mendatangkan kerosakan kepada hati atau ginjal jika tak digunakan dengan cara yang sepatutnya.Oleh itu kita perlu berhati-hati. Jika sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul .Jika tak tak ada cara lain barulah menggunakan rawatan alternatif itupun perlu berjumpa dengan orang yang ahli. Dalam pengubatan cina memang ada mereka yang terlatik dan di sebut chinese physician. Dalam pengubatan melayu masih belum ada orang yang begini kerana pengubatan melayu belum melalui proses institusi di mana pengamalnya perlu mengikuti kuliah dalam jangka waktu yang ditetapkan. Yang ada cuma kursus homeopati yang telah diinstitusikan.Selebihnya hanya berdasarkan pengalaman turun temurun atau belajar ala kadar kemudian mengaku sebagai ahli. Lagi pula mereka belum diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan lesen untuk memberikan rawatan.

Jadi pilihan ditangan kita.Kita yang punya badan dan kita yang akan menanggung akibatnya jika salah memilih rawatan.Jika organ seperti hati atau ginjal dah rosak maka kita yang akan merana.Ubat hanya dimakan bila kita sakit atau untuk mencegah penyakit dan perlu didapti dari mereka yang ahli.Jangan mengubatai diri sendiri kecuali dah tak ada pilihan lain atau antara hidup dan mati.
Wassalam

No comments:

Post a Comment