Saturday, January 22, 2011

Beberapa hari yang lalu dilaporkan lebih dari 500 orang pilot menganggur.Belanja untuk menjadi pilot bukannya murah.Diperkirakan belanja keseluruhan adalah RM 250,000. Bagi mereka yang menuntut di luar negara seperti di Filipina belanjanya lebih murah iaitu RM 170,000 tetapi bila pulang ke Malaysia mereka perlu menyambung kuliah untuk mendapat kelulusan dari DCA dan biaya yang perlu di tambah ialah RM 100,000. Jadi tak ada jalan pintas.
Setelah keluar belanja besar dan harapan tinggi menggunung kerja pula tak ada.
Dulu kalau jadi pilot memang glamour. Gaji pula cukup lumayan melebihi RM 15,000 perbulan.Gaji yang sebegini masih kekal tapi nak dapat kerja pula sulit. Puncanya di Malaysia cuma ada dua syarikat penerbangan sedangkan sekolah juruterbang dah beranak pinak.Dulu cuma ada dua tapi sekarang dah jadi lapan buah.Jadi permintaan tak bertambah sedangkan pengeluaran bertambah.
Fenomina sama juga terjadi dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan. Sekolah yang mengeluarkan jururawat, pembantu farmasi, juru x ray, fisioterapi tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Akibatnya terjadi lambakan pemegang diploma dalam bidang-bidang tersebut.Sekarang dah biasa dah kalau mereka tak dapat cari kerja.Kasihan anak-anak kita.Lepas penat-penat belajar kerja pula tak ada.Ironisnya kita masih terpaksa mengimpot jururawat berkemahiran tinggi dari luar negara. Ada hospital swasta yang mengimpot dari Filipina, Indonesia dan India. Kenapa perlu impot? Jawapannya mudah kerana mereka terlatih dalam bidang ICI, OT, CCU dan sebagainya. Anak-anak kita yang baru dapat diploma masih belum terlatih dalam bidang berkenaan. Jadi nak buat apa? Setakat ini belum ada jawapan yang meyakinkan.

Sebai ibu bapa memang kita menjadi resah tak tahu kursus apa yang sesuai untuk anak-anak kita. Dalam bidang kejuruteraan dah lama dah fenomina susah nak cari kerja. Dalam bidang kesihatan yang dulunya tak pernah cukup, kita dah penuh sehingga sulit nak cari kerja. Kata nya tak lama lagi negara akan mempunyai limpahan doktor perubatan. Entah ia atau tidak saya tak pasti.Berdasarkan pengalaman kerja cukup lama di Sabah, saya yakin masih banyak kekurangan di sana.Jadi anak-anak kita tak boleh memilih jika di tempatkan di Sabah dan Sarawak

Nabi kata 9/10 rezeki melalui business. Tapi cakap memang senang, tapi bila nak buat bukan main susah. Masalah utama adalah modal untuk berniaga nak ambil dari mana. Kalau memang asal usul orang susah tak mungkin ada duit untuk dijadikan modal. Nak pinjam bank jangan harap.Semua bank akan tanya pengalaman berniaga berapa lama sebelum mempertimbangkan pinjaman yang diminta.

Berapa lama masalah ini akan berlangsung hanya Tuhan yang tahu. Bersyukurlah mereka yang ada kerja dan mereka yang ada duit untuk berniaga.
Wassalam

No comments:

Post a Comment