Saturday, January 1, 2011

Hari ni dah masuk tahun baru 2011.Masa berjalan begitu pantas.Pejam celik pejam celik dah sampai tahun baru.Hari ni banyak orang yang kahwin dan ramai pula yang beranak.Dalam dunia serba moden ni melahirkan anak boleh dirancang sesuai keinginan kita.Caranya mudah melalui pembedahan.Kalau dulu memang sulit tapi kini semuanya serba mungkin.
Besok banyaklah akan dilaporkan peristiwa pasangan yang berkahwin dan melahirkan anak.Di hospital tempat saya bekerja saja ada empat kelahiran pada tahun baru.Hari ni juga ada dua undangan majlis perkahwinan.

Apa yang menarik pada tahun lepas.Kerajaan akan mewajibkan semua majikan menginsurankan pekerja-pekerja asing mereka supaya mereka mendapat rawatan di hospital atau klinik swasta. Pihak swasta tentu mengalu-alukan langkah ini kerana tentu akan meningkatlah business hospital dan klinik swasta. Di samping itu tentu subsidi kerajaan pada pekerja asing ini akan dapat dikurangkan apabila mereka mendapat rawatan kesihatan dari pihak swasta.Jadi beban yang ditanggung oleh kerajaan akan dialihkan kepada pihak swasta. Cuma bila ianya akan dilaksanakan entahlah.Kita tunggu saja nanti dan pihak hospital swasta memang mengalu-alukan langkah ini.
Di negara yang mempunyai skim kesihatan yang baik dan efisien seperti di UK , pihak hospital swasta kurang berkembang kerana perkhidmatan di hospital kerajaan memang ditanggung oleh insuran.Bukannya tak ada hospital swasta tetapi amat terbatas jumlahnya kerana persaigan dari hospital kerajaan.Hanya pesakit yang tak mahu menuggu giliran saja yang memilih perkhidmatan swasta.

Saya rasa sudah sampai masanya skim insuran untuk rakyat ini dipercepat supaya beban boleh ditanggung bersama oleh pihak kerajaan dan swasta dan rakyat boleh memilih perkhidmatan yang mereka mahukan. Cuma masalah ini memang rumit tapi tak ada yang mustahil.

Syarikat-syarikat insuran semakin memberikan tekanan kepada hospital swasta dengan meminta diskaun yang lebih besar. Tren ini semakin memuncak sekarang ini dan hospital swasta mula merasakan tekanannya.Sebab itu di Amerika hospital-hospital swasta telah membentuk suatu konsortium yang menaungi semua hospital swasta.Insuran pula bernaung dalam satu konsortium lain.Jadi perjanjian adalah antara konsortium yang menaungi pihak hospital swasta dengan konsortium yang menaungi pihak insuran.Keadaan ini masih belum terjadi di negara kita.Saya amat yakin suatu hari nanti perkara ini juga akan berlaku di negara kita kerana pihak syarikat insuran semakin menghimpit pihak hospital swasta.Sama-samalah kita lihat.

Masalah utama operasi hospital swasta adalah harga ubat, peralatan perubatan dan mesin perubatan semakin naik dan diluar kawalan pihak hospital.Mau tak mahu kos rawatan di hospital swasta juga semakin meningkat sesuai dengan peningkatan harga-harga tersebut.Demi survival perkara ini perlu dilakukan. Masyarakat kadangkala tak faham dan tak mahu faham tentang perkara ini.Jadi mereka selalu menuding jari kepada pihak hospital swasta dan menuduh hospital swasta sesuka hati menaikkan harga dan bertimbang rasa. Margin keuntungan hospital swasta amat rendah dibandingkan jenis perusahaan lain. nak dapat margin 10% pun amat sulit. Bandingkan dengan bank yang memperoleh margin antara 25-30%.

Wassalam

No comments:

Post a Comment