Monday, January 10, 2011

Semalam heboh diperkatakan tentang sistem icare iaitu sistem kesihatan peringkat kebangsaan.Katanya nak ikut NHR United Kingdom.Bila sistem insuran ini dilaksanakan maka pesakit tak boleh datang langsung mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan kerana hospital kerajaan hanya menerima pesakit rujukan dari klinik.Jadi klinik swasta dan kerajaan akan menerima pesakit terlebih dahulu dan jika perlu dirawat oleh hospital maka doktor diklinik berkenaan akan merujuk ke hospital.Kalau nak menyelonong begitu saja maka hospital tidak akan menerima pesakit tersebut. Di UK sistem ini dah lama berjalan. Jika sistem ini berjaya maka beban hospital kerajaan akan berkurangan dan tentu mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan seperti di UK.Cuma perlaksanaannya nanti bagaimana sama-sama kita lihat.
Pada pendapat saya hospital swasta tidak akan terjejas kerana dihospital swasta pesakit bebas untuk datang mendapatkan rawatan.Sekarang inipun pesakit boleh memilih pakar yang mereka perlukan. Bila-bila masa mereka boleh datang mendapatkan rawatan tanpa halangan.Cuma isunya bayaran.Itu saja.Ada duit silakan datang.
Kalau di hospital kerajaan pesakit perlu berjumpa doktor umum terlebih dahulu. Kalau nak jumpa pakar perlu rujukan dari doktor umum.Jadi tak boleh nak menyelonong begitu saja.

Kita harap sistem icare ini cepat dilaksanakan dan bukan sekedar perancangan semata. Kita masih menunggu pelaksanaan sistem insuran untuk semua pekerja asing.Bilakah hendak dilaksanakan, sama-sama kita lihat. Jadi tahun baru 2011 ni akan ada dua sistem baru iaitu icare dan sistem insuran pekerja asing.Saya amat mengharapkan kedua-duanya dapat dilaksanakan dengan segera untuk kebaikan semua.

Pihak swasta tak perlu bimbang kerana ianya akan memberi manfaat kepada mereka juga.Jika sistem insuran pekerja asing terlaksana maka akan besar manfaat kepada hospital swasta.Sistem icare akan memberi manfaat langsung kepada semua klinik swasta.Sama-sama kita tunggu.

Hari ni heboh di suratkhabar tentang kes penderaan bayi berusia tiga tahun.Menurut laporan ada 73 kesan penderaan. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hanya Tuhan yang tahu. Kes menyimbah asid kepada anak dan isteri masih belum selesai. Walaupun si bapa dah dipenjarakan tapi penderitaan anak akan kekal sepanjang hayat.Semalam anak itu baru menjalani fasa pertama pembedahan plastik untuk memperbaiki kecacatan pada muka.Proses pembedahan akan berjalan beberapa kali.Nasib baik ada pihak yang sanggup menanggung biaya tersebut.
Mari kita muhasabah diri, jangan ikutkan stress yang memanjang sehingga tergamak melakukan perbuatan yang menyebabkan kecacatan yang berkekalan. Dalam rumahtangga tentu ada masalah.Jadi pandai-pandailah mencari jalan keluar.Kalau suami lagi naik angin isteri perlu diam dan kalau isteri naik angin suami pula perlu diam.Dengan cara ini masalah dapat diselesaikan.
Wassalam

No comments:

Post a Comment