Wednesday, June 30, 2010

Petang semalam saya berada di salah sebuah sekolah menengah di Seremban kerana dijemput memberi ceramah kesan buruk pergaulan bebas. Ceramah diadakan pada jam 2.30 petang. Saya amat teruja mendapat jemputan ini. Bagi saya sebagai seorang bapa dan pengurus syarikat saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan memberi nasihat pada anak-anak muda kita. Walaupun secara tak langsung aktiviti ini juga turut mempromosikan hospital tempat saya bekerja. Mesej yang nak disampaikan perlu jelas dan mencapai sasaran.Sekolah ini mengadakan program minggu anti dadah. Peresmian dilakukan petang semalam iaitu beberapa minit sebelum saya menyampaikan ceramah. Turut serta diundang adalah pegawai anti dadah dari Seremban.Tentu beliau memberikan ceramah pada murid lain. Jadi ceramah berlangsung serentak di dua tempat yang berbeza.

Sebelum memulakan ceramah saya sempat berbincang dengan pegawai anti dadah tersebut. Katanya sekarang pegawai anti dadah diberi kuasa untuk menangkap pesalah dadah.Mereka malah boleh menahan dan membawa pesalah tersebut untuk disoal siasat. Wah saya kata bahaya kerja tu sebab mereka bukan bersenjata seperti anggota polis. Itulah katanya memang ada risiko.Sahabat saya ini juga bercerita yang dia juga berasal dari tempat ini. Katanya nama felda LB Johnson sebelum ini adalah kampung cincang. Cuma setelah lawatan presiden USA pada awal tahun enam puluhan maka kampung tersebut bertukar nama.

Sewaktu saya memberikan ceramah murid-murid bersila dilantai kerana kemudahan dewan sangat minima. Maklumlah sekolah luar bandar tak mempunyai kemudahan seperti sekolah bandar atau sekolah berasrama penuh. Jadi sewajarnya mereka perlu diberi perhatian khusus untuk pemilihan ke pengajian tinggi. Mereka tak sewajarnya disaingkan dengan pelajar dari bandar atau asrama penuh. Kalau nak digunakan meritocracy maka perlu diadakan kategori khusus untuk sekolah-sekolah luar bandar. Saya rasa sama seperti liga boleh sepak , ada division 1 , divison dua dan sebagainya. Sekolah-sekolah bandar dan berasrama penuh sepatutnya dimasukkan ke liga satu dan sekolah-sekolah luar bandar dimasukkan ke liga dua. Jadi murid-murid lulusan luar bandar sepatutnya hanya bersaing sesama mereka dan bukannya bersaing dengan murid-murid dari bandar dan berasrama penuh. Sebagai contoh murid-murid dari sekolah bandar dan berasrama penuh perlu mempunyai 7 A dalam SPM untuk membolehkan mereka memasuki matrikulasi tetapi mereka yang bersekolah di laur bandar sepatutnya diberi kelonggaran sedkit, umpamanya jika dapat 5 A sepatutnya layak untuk memasuki matrikulasi.Saya harap perkara ini telahpun dilakukan oleh pihak kementerian.Saya mendapat maklumat bahawa hanya dua orang pelajar dari sekolah ini yang mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang lepas dan keduanya adalah murid perempaun.

Saya menggunakan banyak gambar sewaktu menyampaikan ceramah supaya murid-murid boleh faham.Saya ada menyentuh tentang risiko membuka facebook dan yang memeranjatkan saya lebih 50 % pelajar mempunyai face book walaupun mereka bersekolah diluar bandar.Lebih mengejutkan lagi bila saya tanya siapa yang sembahyang subuh pagi tadi maka yang mengangkat tangan tak sampai 20%. Jadi kesedaran masyarakat kita untuk melakukan solat amat tipis dan sebab itu banyak maslah kita tak selesai kerana kita lupa siapa Tuhan kita dan apa tanggungjawab kita. Ceramah saya lebih menyentuh tentang kejiwaan dan memberikan motivasi pada anak-anak sekolah supaya mereka faham apa tanggungjawab mereka dan apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tak boleh mereka lakukan.

Sebelum ini saya pernah memberi ceramah kerjaya di sekolah ini pada tahun 2008. Masa berlalu begitu pastas dan tanpa saya sedari waktu dah berlalu dua tahun. Dulu pengetuanya orang lain dan guru kaunselingnya juga orang lain tapi kini semuanya dah bertukar. Kemudahan sekolah tetap macam tu dan murid masih bersila mendengar ceramah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment