Tuesday, August 10, 2010

Hari ini adalah hari pertama Ramadan.Sebagai orang Islam tentu kita akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana Ramadan adalah bulan yang paling mulia. Semua amalan kita akan dilipatgandakan pahalanya.Pahala sunat di samakan dengan pahala ibadah wajib dan pajhala ibadah wajib akan dilipatgandakan.Cuma kerana perkara ini perkara ghaib maka ada manusia yang tak faham tentu falsafahnya.Jika bicara soal saham baru dia faham kerana nampak dek mata kasar dia tapi bila sebut pasal pahala susah mereka nak faham.Dia pasti akan faham bila dah masuk alam khubur nanti tapi waktu itu semuanya dah terlambat.Tentu ada dikalangan umat Islam yang menyambut Ramadan ini dengan penuh rasa gusar kerana tak biasa melaksanakan ibadah puasa.Mereka tentu akan mencari -cari alasan untuk membolehkan mereka tak puasa.Yang sering digunakan adalah alasan sakit terutama masalah gastrik.Dia akan kata doktor nasihatkan dia supaya tak puasa kerana boleh mendatangkan mudarat.Jadi doktor pula yang menjadi mangsa bila dia tak puasa.
"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu bertaqwa".jaddi seruan ini hanya untuk orang-orang yang beriman.Hanya mereka yang beriman sahaja yang mampu untuk menunaikan perintah ini kerana ibadah ini adalah ibadah yang berat bagi mereka yang tak beriman.Disebutkan juga bukan kamu sahaja yang wajib berpuasa tetapi umat-umat yang terdahulu juga diwajibkan seperti kamu.Nabi daud berpuasa selang satu hari .Maknanya sehari puasa sehari berbuka.Ini tentu akan lebih berat dibandingkan dengan perintah yang kita terima.Tujuan puasa adalah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa.Taqwa maknanya taat pada perintah Allah.Apa yang Allah suruh kita buat dan apa yang Allah larang kita tinggalkan.Bunyinya senang tapi hakikatnya ianya amat berat.Nak melaksanakan yang disuruhpun dah amat berat apa lagi nak meninggalkan yang dilarang.
Besok kita sambung taskirah ini.Wassalam

No comments:

Post a Comment