Tuesday, August 17, 2010

Hari ini adalah hari yang kelapan kita berpuasa.Waktu berjalan begitu pantas.Di hospital tempat saya bekerja setiap hari dari Isnin sampai Khamis akan diadakan taskirah ramadan waktu rehat tengahari.Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari para penceramah jemputan.Sayapun InsyaAllah akan mengisi satu slot untuk muhasabah diri dan berkongsis sedkit ilmu yang ada.Lumayan juga sambutan bukan saja dari staf tapi beberapa orang pesakit yang boleh berjalan turut menghadiri taskirah ini.
Bulan puasa jangan dijadikan alasan untuk tidak puasa hanya kerana kita terpaksa mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.Dari pencarian yang saya lakuakan dalam net banyak panduan yang telah dikeluarkan untuk membolehkan seseorang itu terus berpuasa walaupun dia memerlukan mengambil ubat -ubatan.Antara ubat-ubatan yang dibolehkan diambil waktu kita sedang puasa dan tak membatalkan puasa adalah seperti berikut:
-semua jenis ubat kumur
-ubat-ubatan dalam bentuk injeksyen
-ubat suppository yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj
-ubat nitroglycerin yang diletakkan dibawah lidah untuk menghilangkan sakit jantung
ubat-tetes mata dan telinga
-ubat bius berbentuk gas
-ubat sapu
-ubat inhaler untuk menghilangkan serangan astma
Jadi ubat-ubat tersebut masih boleh diambil walaupun kita berpuasa

Jadi jangan dijadikan alasan hanya kerana kita perlu mengambil ubat sehingga kita tak berpuasa.
Puasa adalah ibadah yang sangat istimewa.Kata Allah puasa adalah untuk Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya.Berapa pahala yang kita dapat tak ada siapa yang tahu kerana ianya milik Allah.
Kalau kita biasa makan ubat tiga kali sehari maka makanlah tiga kali waktu malam iaitu selepas buka, tengahmalam dan sewaktu sahur.Jika 4 kali maka terpaksa tinggalkan satu dos, cukup 3 kali sahaja.Mungkin doktor perlu menyesuaikan dos yang perlu diambil.Jika menggunakan insulin ia tak ada masalah kerana berbentuk suntikan dan tidak membatalkan puasa.Jika perlu diambil dua kali maka ambillah sewaktu berbuka dan sewaktu sahur.Islam itu mudah dan yang menyulitkan adalah kita sendir.Mereka yang mencari-cari alasan adalah mereka yang imannya lemah.Sebab itu Tuhan menyeru mereka yang beriman untuk berpuasa seperti firmanNya "wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagimana yang telah diwajibkan terhadap orang-orang yang terdahulu dari kamu agar kamu bertaqwa".Matlamat terakhir adalah bertaqwa iaitu melaksanakan semua perintah Allah.Buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang.
Wassalam

No comments:

Post a Comment