Friday, August 20, 2010

Semalam kami mengadakan mesyuarat bulanan dengan doktor-doktor pakar.Biasanya kalau meeting dengan mereka pasti kecoh kerana banyak isu yang ditimbulkan.Tapi suasana semalam amat berlainan.Semuanya berjalan lancar dalam suasana yang tenang.Wah berkat bulan Ramadan semua kemarahan menjadi reda.Alhamdulillah.Kalaulah berterusan macam ni senang lah nak kerja.

Dua hari yang lepas pihak kementerian kesihatan ada membuat kenyataan tentang bertambahnya kes resistance terhadap antibiotik dan trend ini amat membimbangkan di seluruh dunia kerana telah muncul beberapa jenis strain bakteria yang kebal terhadap antibiotik yang baru.Contoh terbaru adalah munculnya jenis bakteria yang membentuk gen yang disebut New Delhi metalo Beta lactamase atau NDM-1. Bakteria ini kebal terhadap carbepenem iaitu sejenis antibiotik golongan terkini yang dianggap very broad spectrum. Broad spectrum artinya boleh membunuh banyak bakteria jenis gram positif, gram negative, aerobic dan anaerobic.
Bakteria diklasifikasikan kepada beberapa jenis berdasarkan test yang disebut gram stain.Ada yang digolongkan kedalam kumpulan gram positive dan ada yang digolongkan ke dalam kumpulan gram negative. Kemudian pembahagian selanjutnya berdasarkan cara hidup bakteria. Yang hidup bergantung kepada oksigen disebut aerobic dan yang hidup tanpa memerlukan oksigen disebut anaerobic.

Kenapa bakteria menjadi kebal. Puncanya adalah penyalahgunaan antibiotik.Oleh bakteria sering terdedah kepada sesuatu antibiotik maka secara perlahan-lahan bakteria tersebut akan menjalani proses yang disebut mutasi genetik untuk membolehkannya melawan serangan antibiotik dan lama kelamaan bakteria akan menjadi kebal terhadap antibiotik tersebut.MasyaAllah inilah kekuasaan Allah swt yang perlu kita sedari terutamanya pada bulan puasa ni.Sering doktor memberikan antibiotik cuma untuk tempoh tiga hari kemudian memberi tahu pesakit untuk datang kembali kalau tak ada perubahan .Biasanya pesakit akan mula merasa baik setelah memakan antibiotik selama tiga hari.Akibat dari tindakan ini hanya sebahagian dari bakteria yang mati dan sebahgian lagi hanya pengsan sahaja.Sepatutnya antibiotik diteruskan pengambilannya sekurang-kurangnya untuk tempoh lima hari barulah boleh membunuh kesemua bakteria. Kalau cuma tiga hari bakteria yang pengsan akan hidup kembali dan lama kelamaan akan menjadi kebal terhadap antibiotik tersebut.
Wassalam

No comments:

Post a Comment