Monday, August 23, 2010

Hari ni sudah 14 Ramadhan. Maknanya dah separuh jalan.Lepas ni sibuk pula nak menyambut lebaran. Semalam diberitakan kejadiansedih dan memilukan yang terjadi di Terengganu.Seorang budak berusia 6 tahun mati tersangkut di pokok kayu kerana letupan kuat dari mercun.Bayangkankan jika bunyi letupan boleh didengar sejauh 1 km. tentu letupan ini seperti bom. Pagi ni dalam ulasan akhbar di nyatakan bahawa kemungkinan mercun tersebut adalah buatan bapa kanak-kanak tersebut.Kita tak pasti berapa banyak mercun yang disimpan dalam rumah tinggal tersebut dan untuk tujuan apa mercun sebanyak itu disimpan di sana.Mungkin untuk dijual sempena bulan puasa ni.Dalam radio pagi tadi dinyatakan juga dua orang kanak-kanak cedera kerana letupan mercun bola.Nampaknya berita tentang kecederaan akaibat dari bermain mercun ni akan mendominasi berita di akhbar.Kalau sebelum ini heboh tentang cerita tentang buang bayi tapi minggu ni heboh pula tentang letupan mercun.Saban tahun macam nilah ceritanya.Sampai bila kita nak sedar hanya Tuhan yang tahu.Masyarakat kita ni macam tak pernah serik tentang benda ni.Minggu lepas dua orang ibu muda ditangkap disempadan kerana cubaan menyuludup masuk mercun dari negara jiran.Jadi kegiatan menyeludup dan menjual mercun ni tak pernah berhenti.Bila datang saja bulan Ramadhan dan bila dah dekat nak puasa masalah ini akan bertambah parah.
Dalam agama kita dah nyata dah bahawa perbuatan membazir dan membahayakan diri adalah di tegah.Tapi masyarakat macam tak peduli.Puasa-puasa juga tapi perkara ini dilakukan juga.Jadi matlamat puasa untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang tanggungjawab mereka semacam tak mendatangkan sebarang hasil.Usaha untuk melahirkan masyarakat yang Taqwa tu semacam sulit untuk direalisasikan.

Sepanjang bulan Ramadhan ni berapa kilo kah berat badan kita telah turun , atau semakin bertambah berat.Maklum bila buka puasa kita sumbat sebanyak mungkin makanan dan bila sahur juga tak kurang hebatnya. Akibatnya berat badan bukan makin turun tapi malah bertambah. Rezeki peniaga pasar Ramadhan sememangnya cukup lumayan tapi jangan sampai tak puasa sudah.Sekarang di mana-mana tumbuh bazar-bazar kecil untuk menjual baju raya dan bazar ini pula dibuka sampai larut malam.Jadi masyarakat yang sepatutnya ke surau , mesjid untuk solat tarawih malah sibuk pula menghadirkan diri di bazar malam ni sehingga jemaah tarawih semakin menyusut.Kalau minggu pertama saf penuh melimpah sampau ke kaki lima tapi bila dah masuk minggu kedua ni dah tinggal separauh.Saban tahun macam ni lah.Kita semacam tak pernah berubah dan tak mahu berubah.Sampai bilakah kita akan terus begitu hanya kita sendir yang tahu.Tuhan kata Allah tak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendir yang mengubahnya.
Wassalam

No comments:

Post a Comment