Thursday, August 19, 2010

Semalam seorang pesakit dimasukkan ke hospital kerana mengalami intracranial bleeding iaitu oendarahan dalam otak kerana pembuluh darah yang pecah.Sebabnya adalah kerana tekanan darah tinggi yang begitu tinggi. Pesakit ini baru berusia 43 tahun iaitu usia yang relatif tersangat muda.Oleh kerana erkhidmatan neurosurgery tak ada di Negeri Sembilan maka pesakit perldirujuk ke Kuala Lumpur untuk pembedahan segera membuang pembekuan yang ada di dalam otak beiau .Saya difahamkan oleh pakar neurologist yang merawat kes tersebut bahawa peluang pesakit untuk pulih semula masih ada tergantung berapa cepat pembedahan dapat dilakukan.
Saya difahamkan oleh ayah pesakit bahawa anaknya ini dah lama menghidap penyakit darah tinggi tapi pesakit tak mengawalnya dengan baik kerana sering tak makan ubat dan tak mengawal makanan. Kes seperti ini bukanlah kes yang terpencil kerana banyak kes yang saya lihat terjadi kerana kegagalan pesakit mengawal diri dan tidak berdisiplin untuk mengambil ubat-ubatan.Kita tak pasti apa yang ada dalam minda pesakit dan apa yang dia faham tentang keperluan mengawal diri dari makanan yang perlu dielakkan dan keperluan memakan ubat seperti yang diarahkan. Apakah dia tak percaya atau memang tak pernah terfikir tentang akibat buruk yang akan dialami. Peranan doktor, ahli farmasi, jururawat dan anggota keluarga amat penting untuk memberi kefahaman kepada pesakit tentang peranan mereka menjaga diri dan mendisiplinkan diri sendir supaya penyakit yang dihadapi boleh dikawal dan tidak menadatangkan kesan buruk.Saya lihat sekarang ini pesakit yang mendapat serangan jantung pada umumnya berusia yang dianggap relatif muda iaitu sekitar awal empat puluhan malah ada yang berusia 32 tahun. Puncanya mudah iaitu kadar kolesterol yang tersangat tinggi atau tekanan darah yang terlalu tinggi.
Islam mengajarkan kita supaya menyayangi diri sendiri seperti sabtu nabi, jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.

Sebelum ini ada seorang kenalan saya yang tak menyedari yang ia mengidap kencing manis keran tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan. Satu hari dia mengalami sakit dan bila dimasukkan ke hospital .Apabila dibuat pemeriksaan oleh doktor didapati buah pinggangnya sudah rosak dan matanya sudah hampir buta. Sekarang beliau merupakan pesakit dialysia dan matanya pun sudah hampir tak mampu melihat lagi.Jadi begitu drastik kesan yang dihidapi oleh beliau sedangkan sebelum ini beliau kelihatan sihat.Jadi penyakit kencing manis ini sudah bertindak dalam diam tanpa disedari untuk merosakkan buahpinggang dan mata nya.
Bulan puasa ini sepatutnya mempunyai kelebihan bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi kerana dengan berpuasa akan lebih mudah mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah.Bila dalam masa 12 jam kadar gula berada pada tahap yang normal tentu sensitiviti sel-sel terhadap insulin akan lebih meningkat dan fungsi pankreas akan lebih baik dan efisien.
Sampai jumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment