Saturday, August 7, 2010

Hari rabu petang saya memandu laju.Perjalanan cukup lancar tapi tak semena-mena di tengah perjalanan laluan terganggu kerana ada sebuah kereta yang dipandu perlahan tapi mengambil line kanan.Pada cermin belakang kereta ada sticker yang tertulis "i am the best driver in the world".Plate kereta pula adalah kereta jiran.Barang kali begitulah perangai the best driver in the world, yang menyusahkan orang.Saya terpaksa memotong di bahagian kiri kerana pemandu tersebut enggan memberi jalan.Saya rasa ada yang tak beres dengan pemendu berkenaan kerana tabiat buruknya itu.

Perjalanan pulang pada hari khamis cukup lancar dan Jumaat pagi saya berangkat lagi memandu kereta menuju Perlis.Perjalanan cukup melelahkan dan petang baru sampai dan menginap di Putra Palace hotel.Saya dan keluarga perlu menghadiri konvokesyen anak saya yang nombor dua.Alhamdulillah majlis konvo berjalan lancar dan kami berangkat pulang malam tadi dan sampai di Seremban jam 3 pagi.Nasib baik anak-anak pandai memandu jadi bolehlah bergilir jadi driver.

Sebelum sampai di perlis saya sempat singgah menziarah ibu kawan yang kena stroke.Keadaannya cukup parah.Sebelah badan kiri lumpuh total dan dia juga tak boleh bicara apa -apa.Telinganya boleh mendengar dari riaksi yang dia tunjukkan melalui mimik muka.Memang keadaannya amat memprihatinkan kerana bergantung sepenuhnya terhadap bantuan orang lain.Doalah banyak-banyak supaya kita dihindari dari penyakit ini kerana bila kena penyakit ini kita menjadi manusia yang langsung tak ada upaya.Menurut perubatan moden stroke terjadi kerana ada pembekuan darah di otak .Puncanya mungkin kerana kadar kolesterol yang terlampau tinggi, tekanan darah tinggi yang tak terkawal sehingga ada pembuluh darah yang pecah atau faktor-faktor lain yang menyebabkan terjadinya penyumbatan darah ke otak.
Saya ada terbaca sebuah buku yang menceritakan tentang penyakit angin akhmar ini.Menurut buku tersebut serangan angin akhmar adalah disebabkan oleh ulah dan angkara jin yang bernama akhmar.Sebab itu dalam bahasa kita di sebut angin akhmar.Jin ini pernah membuat kacau di zaman nabi Sulaiman sehingga baginda memerintahkan panglima perang jin untuk membunuh akhmar ini.Tapi jin akhmar memberi tahu yang dia tak akan mampu dibunuh oleh sesiapapun hingga hari kiamat.Jadi dalam buku ini ada diajarkan doa khusus untuk dibaca supaya kita terhindar dari penyakit yang amat menakutkan ini. Sebagi orang Islam kita perlu melalukan dua langkah iaitu mengawal diri kita dari segi medikal dengan cara mengawal kadar kolesterol dan darah tinggi serta kencing manis jika ada.Pastikan makanan kita teratur dan latihan fizikal dijalankan secara rutin supaya tahap kesihatan kita berada pada tahap optima.Disamping itu kita amalkan doa ini midah-mudahan Allah lindungi kita dari penyakit yang amat menakutkan ini.Kalau laki-laki yang kena tanggungjawab isterilah yang akan menguruskan begitu juga sebaliknya.Ada pepatah mengatakan wanita adalah teman bagi laki-laki dewasa dan jururawat bagi laki-laki tua.Wassalam

No comments:

Post a Comment