Thursday, August 26, 2010

Hari ni dah 15 Ramadhan.Apa yang dah berubah dalam diri kita, hanya kita yang tahu.Mungkin seluar dah longgar sikit atau justeru tambah sendat.
Di tempat saya taip hari dari Isnin sampai khamis diadakan taskirah Ramadan waktu rehat.Jadi banyaklah pengajaran yang kita dapat.Harap-harap staf akan berubah kearah yang lebih baik dari sekarang.

Dalam bulan Ramadan banyak peristiwa yang terjadi.Peristiwa yang amat penting adalah peperangan Badar di mana Rasulullah dengan hanya 313 orang tentera mencapai kemenangan besar mengalahkan 1000 orang tentera Quraish.Tercatit dalam sejarah peristiwa ini terjadi kerana pada mulanya Rasulullah memerintahkan tenteranya memintas rombongan yang diketuai oleh Abu Sufian supaya orang Islam dapat merampas barangan dagangan yang dibawa oleh oleg Quraish tetapi rancangan ini sudah terhidu lebih awal oleh Abu Sufian sehingga beliau dan rombongan mengambil jalan lain yang jauh dari kedudukan Rasulullah. kemudian Abu Sufian telah menghantar berita tersebut kepada pemimpin Quraish untuk bertindak balas terhadap Rasulullah dengan menghantar 1000 orang bala tentera. Sebelum tentera Quraish sampai Rasulullah telah mendapat berita dan Baginda meminta ikrar dari para sahabat. Semua sahabat sanggup berjuang untuk mempertahankan Rasullah dan terjadilah peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam. Tentera dibawah pimpinan Rasullullah mencapai kemenagan besar walaupun cuma 313 orang sahaja dengan kelengkapan perang yang minimum.Dicatitkan tentera Islam cuma mempunyai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta. Satu jumlah yang tak seimbang dengan tentera Quraish. Berkat pertolongan Allah tentera Islam menang besar.

Peperangan terakhir umat Islam pada ramadhan adalah pada tahun 1973 di mana tentera Mesir telah menggempur kubu Yon Kapur yang kononnya kubu paling kebal dan kuat di dunia. Tentera yahudi mendakwa tak ada satupun kekuatan yang mampu menembusi kubu ini tetapi tentera Mesir berjaya menghancurkan kubu tersebut menggunakan pancutan air .Akhirnya kubu ini hancur dengan hancurnya ego tentera Yahudi. Saya pernah membaca satu catatan sejarah yang panglima perang Mesir telah hampir ke Tel Aviv tetapi presiden Mesir pada masa itu Anwar Sadat telah memanggil panglima ini pulang kerana takut dengan ancaman bom atom Golden Mayor. Akhirnya panglima ini merajuk membawa diri ke Libya. Kalaulah tak dipanggil pulang sudah tentu Tel Aviv dapat di tawan dan catatan sejarah akan menjadi lain dari apa yang ada pada hari ini.
Artinya Ramadan adalah bulan kemenangan kerana bulan ini adalah penghulu segala bulan dan pertolongan Allah akan sentiasa mencurah datang bagi mereka yang bertaqwa.
Wassalam

No comments:

Post a Comment