Monday, August 2, 2010

Sabda Nabi bila kamu berada di waktu pagi usah fikirkan waktu malam dan bila kamu berada di waktu malam usah fikirkan waktu pagi. Maksudnya kita kena fokus tentang kerja yang kita lakukan dan mestilah berada pada realiti yang sebenar.Kalau kita berada di waktu pagi tapi asyik memikirkan tentang malam yang akan datang maknanya kita tidak fokus dan hasil kerja tentu tidak optimum.Masa yang tealh berlalu tak perlu difikir-fikirkan kerana kita tak mampu mengembalikan apa yang telah pergi. Kalau kita perlu mengalami waktu sulit atau melalui peristiwa pahit di masa yang lepas maka kita tak perlu memikirkannya lagi.Cukup sekedar mengingati untuk dijadikan pengajaran itupun jika seandainya perlu diingati.Banyak perkara dalam hidup ini yang terjadi diluar perkiraan dan hajat kita.Yang pasti setiap perkara yang terjadi pasti ada pengajaran dan iktibar bagi diri kita.Dalam hidup tak ada istilah kalau.Contohnya orang yang kita kasihi mengalami kemalangan .Jadi tak perlulah kita memikirkan kalau dia tak pergi ke sana tentu kemalangan tak akan terjadi.Semuanya itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.Yang penting bagi kita adalah menerima Kadha dan Kadhar yang telah ditentukan.
Terlalu risau memikirkan masa depan juga tidak akan membawa kebaikan pada diri kita kerana masa depan berada di alam ghaib.Tak ada siapa yang tahu tentang apa yang akan terjadi kerana ia adalah rahsia Tuhan. Untuk apa kita merisaukan apa yang kita sendiri tak pasti.Apa yang perlu dilakukan adalah merancang masa depan dan bukannya risau memikirkan tentang masa depan.Dalam agama kita , menilik nasib adalah dilarang.Jadi jika ada yang mendakwa mengetahui masa depan maka mereka sebenarnya cuba mendahului rahsia Tuhan.Sebab itu Nabi berpesan agar kita fokus dengan masa yang kita hadapi.

Manusia tidak tahu apa akan jadi pada dirinya .Tidak ada siapapun yang pasti jam berapa kitaa melelapkan mata kerana rahsia ini Tuhan tak bagi pada manusia.Kita cuma bisa mengagak jam berapa kita tertidur.Manusia hanya bisa pasti jam berapa dia terjaga kerana kitaa boleh melihat jam yang ada.Jadi kita perlu faham tentang konsep ini dan tak perlu merisaukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan kerana rahsia ini milik Tuhan.Kitapun tak pasti berapa lama lagi kita akan hidup dan bila kita akan mati.Bila kita memahami konsep ini maka kita akan sentiasa berfikiran positip dan berusaha menghasilkan yang terbaik bagi diri kita, keluarga kita dan masyarakat yang memerlukan kita.memikirkan masa lalu hanya menimbulkan masalah yang tak perlu.Merisaukan masa depan hanya membantutkan usaha kita dan boleh membentuk persepsi yang negatif .Yang penting jangan kita bersangka buruk pada Tuhan.Konsep khada dan khadar itu perlu difahami agar kita boleh menerimanya dengan ridho.
Wassalam

No comments:

Post a Comment