Sunday, April 11, 2010

Bahagian otak manusia ini mempunyai sistem perlindungan yang khusus yang disebut Cerebro Spinal Fluid atau CSF. Cairan ini melindungi otak dari ditembusi bahan-bahan yang tak sepatutnya masuk ke otak seperti ubat-ubatan .Hanya beberapa jenis ubat sahaja yang mampu menembusi lapisan cairan ini. Jika terjadi peradangan otak akibat serangan bakteria atau virus ianya akan menyebabkan pembengkakan bahagian otak yang disebut inflammation. Apabila cairan otak menjadi bengkak maka ianya boleh menyebabkan seseorang menjadi koma dan boleh menyebabkan kematian. Keradangan bahagianya menyebabkan terjadinya meningitis.
Sekarang sudah ada vaksin untuk mengelakkan meningitis terutama mereka yang akan melakukan perjalanan ke negara di Afrika dan Timur tengah termasuk untuk menunaikan haji dan umrah.Vaksin ini disebut meningococcal vaksin yang boleh mencegah terjadinya meningitis.

Jangkitan pada otak oleh kuman hanya boleh diubati jika ubat yang digunakan mampu menembusi saluran CSF. Bukan semua ubat boleh berbuat demikian. Contohnya jika terjadi peradangan otak kerana pengaruh bakteria maka pemilihan antibiotik yang tepat amat perlu supaya antibiotik mempu menembusi saluran CSF dan membunuh bakteria yang telah meresap masuk ke dalam saluran otak.Pengetahuan doktor tentang aktiviti antibiotik amat penting supaya beliau mampu meemilih antibiotik yang tepat.Disamping itu adakalanya perlu dilakukan ujian sensitiviti untuk memilih antibiotik yang paling tepat bagi tujuan pengubatan.

Perkembangan teknologi membolehkan beberapa jenis ubat dimasukkan langsung ke dalam rongga manusia. Contohnya penggunaan antibiotik dalam bentuk rantai.Antibiotik ini ditanamkan kedalam tempat yang telah dibedah di bahagian tulang supaya ianya cukup berkesan dan antibiotik tersebut akan dilepaskan secara perlahan-lahan untuk tempuh waktu tertentu yang diinginkan.

Salah satu lagi ubat yang dimasukkan ke dalam rongga manusia adalah ubat untuk mengelakkan pembekuan darah. Ubat ini dipasang di dalam stant yang digunakan untuk mengembangkan saluran arteri yang telah menyempit. Stant ini disebut medicated stant. Bila stant dipasang pada saluran yang meyempit tadi maka ubat yang ada pada stant akan dilepaskan secara perlahan-lahan untuk tempuh waktu yang disasarkan. Medicated stant lebih mahal dari stant biasa kerana jika dipasang stant biasa maka seseorang pesakit perlu mengambil ubat secara oral setiap hari supaya saluran darah yang telah dibesarkan oleh stant tidak tersumbat kembali.

Teknologi ubat ini akan terus berkembang kerana penyelidikan dilakukan setiap hari oleh syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan terutama yang berpangkalan di negara-negara maju.

Wassalam

No comments:

Post a Comment