Thursday, April 29, 2010

Saya ingin menyambung cerita tentang forum bersama pesakit. Menurut keterangan pesakit yang pertama sejak menghadapi beberapa masalah tentang ubat yang digunakan maka beliau kini amat teliti dan akan membaca setiap maklumat yang ada di kotak ubat. Dengan cara ini beliau dapat menghindarkan diri dan keluarganya dari kesan sampingan ubat yang mungkin terjadi. Bayangkan jika doktor atau petugas di bahagian farmasi tidak membaca maklumat tentang ubat yang di dispen. Alangkah malunya jika tak mampu menjawab pertanyaan tentang kesan sampingan ubat . Pada hari ini dengan maklumat di internet pesakit akan menjadi orang yang cukup bermaklumat dan penyedia perkhidmatan kesihatan baik doktor atu petugas yang lain perlu terus membaca supaya jangan sampai kalah dengan maklumat pesakit.
Setiap kali beliau ke hospital awam amaka beliau akan memakai pakaian yang cukup rapi kerana jika berbuat demikian maka beliau akan mendapat layanan yang lebih baik. Apa lagi jika boleh berbahasa Inggeris dengan lancar tentulah mendapat layanan yang lebih baik terutama dari doktor.Ini sinerio di hospital awam. Kalau ke hospital swasta beliau akan memakaian yang lebih ringkas kerana layanan yang diterima sama sahaja.Jadi ini sinerio di hospital swasta.Jadi pakaian rupanya memberikan hasil layanan yang cukup berbeza.
Seorang lagi pesakit menceritakan ketidaksenagan beliau sewaktu mendapatkan rawatan di hospital awam. Banyak kali katanya kad pesakit beliau tak dijumpai oleh petugas hospital .Jadi setiap kali beliau ke hospital pasti akan kecoh kerana dia akan komplain dengan pihak pentadbir hospital.Tapi katanya masalah tersebut akan terus berulang setiap kali dia mendapatkan rawatan. Sering juga katanya dia mengugut untuk melaporkan ke akhbar tentang ketidak puasan hati beliau.

Pernah satu kali bila beliau membawa rakanya yang sakit kedua belah lutut berjumpa doktor di salah sebuah hospital awan. Bila di beritahu oleh pesakit tentang kedua lututnya yang sakit maka doktor tersebut terus memberikan komen berikut: Oh jadi tadi datang ke sini terbang ke. Secara spontan muka pesakit berubah kerana menahan malu bercampur marah. Jadi bila datang sakit lutut , kini bila berjumpa doktor jadi sakit hati. Ini hanyalah segelintir keluhan pesakit tentang rawatan di hospital awam mahupun swasta.
Mesej yang ingin ddisampaikan adalah setiap pesakit mahu dilayan sebagai seorang insan yang punyai perasaan, apa lagi dalam keadaan sakit mereka memerlukan simpati dan belas ihsan dari doktor dan petugas yang lain. Di hospital swasta sekarang jenuh kita melatih kembali petugas-petugas kita supaya melayan pesakit dengan layanan yang berperi kemanusiaan. Tentunya latihan seperti ini memerlukan konsultan luar dan bayarannya juga cukup lumayan mahal. Inilah situasi yang ada di tempat kita di mana pesakit belum mendapat layanan seperti yang dihajati.

Wassalam

No comments:

Post a Comment