Thursday, April 1, 2010

Beberapa hari ni heboh diperkatakan tentang jangkitan virus kencing tikus.Saya terkejut juga membaca berita tentang celebrity yang dijangkiti kuman ini. Dah berpuluh tahun bekerja di hospital tak pernah dengar pula pesakit yang dijangkiti oleh virus tikus ni.Tapi semalam dikatakan penyakitnya bukan dari tikus tapi denggi berdarah. Tak tahulah macam mana boleh terjadi kekeliruan ini.Semalam ada dipaparkan bahawa yang dimaksudkan dengan virus tikus tu adalah leptospirosis. Penyakit ini bukan disebabkan oleh virus tetapi oleh bakteria leptospira. Penyakit yang sedemikian digolongkan kedalam golongan zoonosis iaitu penyakit yang berpunca dari haiwan. Leptospira ini membiak dalam badan haiwan seperti tikus, kuda , anjing, burung dan bebera haiwan lain. Bila haiwan membuang kotorannnya maka bakteria ini akan dikeluarkan dan masuk ke dalam air. Air yang tercemar dengan bakteria ini bila mamasuki badan manusia melalui kulit atau makanan akan menyebabkan manusia dijangkiti oleh bakteria ini.
Tanda-tanda awal adalah sakit kepala yang kuat, demam dan muntah-muntah. Setelah dua minggu bakteria ini boleh memasuki bahagian otak sehingga menyebabkan meningitis. Kemudian ia boleh menyebabkan penyakit pada hati dan buah pinggang.Serangan meningiitis boleh menyebabkan pesakit menjadi koma dan kerosakan hati dan buah pinggang boleh menyebabkan kematian.
Penyakit ini boleh didiagnosa melalui ujian darah dan air kencing. Bakteria ini boleh diisolasi dan disahkan jangkitannya.Ubat yang digunakan tentunya antibiotik untuk membunuh bakteria ini. berbagai jenis antibiotik boleh digunakan tetapi doxicyclin sering digunakan untuk mencegah dari jangkitan tetapi setelah dijangkiti antibiotik yang lebih kuat seperti gologan cephalosporin perlu digunakan untuk mengubati penyakit ini. Yang penting antibiotik yang digunakan mestilah mampu menembusi lapisan saluran selaput otak untuk membunuh leptospira yang berada di dalam otak manusia.

Kita puntak tahu bagaimana terjadi kekeliruan antara leptospirosis dengan denggi berdarah ni. Mungkin ada persamaan dari segi siptom penyakit. sepatutnya ujian makmal sudah pasti dapat membezakan penyakit ini.

Kejadian jangkitan denggi berdarah sekarang ini memang tinggi dan risiko juga amat tinggi. kalau lambat mendapat rawatan boleh menyebabkan kematian kerana keroskan organ utama dalam tubuh. Pendarahan yang terjadi di dalam badan sukar untuk dilihat dengan mata kasar.Yang dapat dikesan adalah penurunan secara mendadak platelet pesakit. Bila darah banayak yang hilang maka ketumpatan darah turun secara mendadak dan ini akan menyebabkan jantung gagal mengepam darah ke otak dan organ yang utama. Akhirnya jantung terhenti dan pesakit akan mati dengan tiba-tiba. tak hairan bila ada kes di mana pesakit masuk hospital dalam keadaan yang kelihatan masih sihat tapi dua hari kemudian dilaporkan meninggal dunia. Oleh itu pengubatan awal amat penting dan biasanya doktor akan memasukkan darah ke dalam badan pesakit untuk mempastikan volume darah dapat dikekalkan dan ini akan menjamin fungsi jantung secara normal. Ubat yang khusus memang tak ada. Yang ada cuma penggantian darah , cairan dan ubat-ubat siptomatik untuk menghilangkan demam dan sakit kepala.

Sama-sama kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kebersihan diri. Di samping itu jangan lupa berdoa.
wassalam

No comments:

Post a Comment