Tuesday, April 20, 2010

Dah dua malam saya tak sempat menulis. Memang agak sibuk sikit. Kadang memang macam tu. Bila ada waktu luang rasa nya relax sungguh tapi bila dah datang sibuk sampai terkejar-kejar dibuatnya.Kerja kadangkala datang serentak.Hadi nak menulis blog sampai tak sempat.
Kalau nak menulis ni kita perlu tenang kalau tidak idea tak keluar.
Minggu ni apa yang menarik .Kalau basa akhbar tentu cerita pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Macam-macam cerita yang ada. Lantak merekalah apa nak cerita. Dah memang adat orang berpolitik.Kalau tak tahan lebih baik macam kita ni jadi penonton. Yang penting jika mengundi kita keluarlah dan pilih calon yang kita rasa patut disokong.Jangan cuba-cuba bermain politik jika tak sanggup menanggung risiko. Silap hari bulan boleh kena serangan jantung.

Salah satu cara penyakit merebak adalah melalui darah dan bahan yang tercemar oleh darah.Sebab itu di hospital petugas diwajibkan memakan peralatan untuk melindungi diri dari risiko ini. Semua bahan yang tercemar oleh darah pesakit dianggap clinical waste dan wajib dikumpulkan di dalam penyimpanan yang khas dan tidak dicampur dengan sampah biasa.Tentu mereka yang bekerja di hospital kenal dengan tong sampah warna kuning .Dari wad ianya akan disimpan di stor berhawa dingin didalam tong kuning khusus yang bertutup dan perlu diambil setiap hari oleh vendor untuk di proses di tempat yang khusus .Di kawasan tengah ni tentunya diuruskan oleh Pantai Medivest.

Macam mana pula sisa darah di klinik .Siapa yang mengumpul dan memungutnya. Entahlah saya sendiri kurang pasti.Apa lagi jika pengamal pengubatan alternatif seperti akupunktur dan bekam. Darah tu dibuang ke mana.Apa lagi bekas jarum yang digunakan untuk proses akupunktur akan dibuang ke mana.Saya sendiri memang tak pasti tentang perkara ini. Sebab itu amalan di klinik, pusat bekam dan akupungtur perlu di pantau oleh pihak yang berwajib.Jika tidak sisa klinikal akan dibuang sesuka hati bercampur dengan sampah sarap biasa dan membahayakan orang ramai.

Penyakit yang utama berjangkit melalui darah adalah Hepatitis B dan HIV. Jika termasuk ke badan kita tentu risikonya kita pula akan dijangkiti.sebab itu kita perlu berhati hati.

Cara mudah menjada kebersihan diri adalah mencuci tangan setiap kali kita terdedah pada risiko dijangkiti kuman.Contoh setiap kali selepas memegang barang , apa lagi yang kotor perlu dicuci tangan dengan segera. Setiap kali keluar tandas juga perlu menyucikan diri.Apa lagi jika memegang pesakit hendaklah segera membersihkan tangan.Yang pasti sebelum makan tangan wajib dicuci dengan bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.

bercakap tentang sisa klinikal ini masih banyak pengawasan perlu dilakukan untuk mempastikan semua pihak mengikuti peraturan yang ada. Kementerian Kesihatan dengan kerja sama Kementerian Alam sekitar dah lama menyediakan garis panduan tentang perkara ini. Cuma yang perlu diambil berat adalah pengawasan yang rapi oleh pihak berkuasa supaya semua pihak mematuhi peraturan yang ada. Jika pengawasan longgar akan ada pihak yang tak mengambil peduli kerana kos untuk mematuhi semua peraturan ini cukup besar. Jadi akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan jika pengawasan longgar kerana mereka tak mahu mengeluarkan belanja.
Wassalam

No comments:

Post a Comment