Friday, April 16, 2010

Traditional and Complementary medicine sudah mula ditanggapi secara serius oleh pihak Kementerian Kesihatan.Panduan penggunaan rawatan TCM sudah dikeluarkan pada tahun 2001 dan saya mendapat maklumat yang panduan ini akan diperbaharui pada tahun ini.

Saya telah menjelaskan sebelum ini tentang pengertian ubat tradisional.Jadi apa pula maknanya complementary medicine. Yang dimaksudkan dengan complementary adalah rawatan pelengkap terhadap pengubatan secara moden.

Antara kaedah rawatan dan pengubatan TCM adalah seperti berikut:

-jamu
-sinse
-ayurvedic
-urut Melayu
-bekam
-spa
-bomoh
-pengubatan Islam
-akupunktur
-reflexsiology
-ozone therapy
-urut Cina

dan bermacam-macam lagi.
-Kesemua jenis rawatan tadi bertujuan untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh seseorang.Kata Rasulullah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Bagi orang Islam kaedah rawatan mestilah tidak bercanggah dengan syarak baik dari segi kaedah maupun penggunaan bahan.Perkara ini perlu diambil berat oleh pesakit kerana Islam tidak membenarkan penggunaan kaedah atau bahan yang haram..Pengubatan yang menggunakan jampi serapah dengan doa-doa yang tidak diajarkan Islam adalah dilarang.Begitu juga penggunaan bahan-bahan yang diharamkan oleh agama adalah dilarang sama sekali."

Mutaakhir ini ada juga beberapa kaedah rawatan yang kita tidak dapat difikirkannya secara logik akal. Contoh ada tempat yang melakukan pengubatan seperti kaedah di hospital moden cuma pengubatnya hanya melawat pesakit dan memberitahu yang ada orang akan datang sebentar lagi untuk mengubati dan pesakit jangan takut. Pengubatan ini disebut pengubatan secara ghaib.

Baru-baru ini ada teman yang memberitahu saudara dia pergi berubat dengan seorang tabib yang melakukan pembedahan sama seperti pembedahan dihospital .Pesakit dibedah menggunakan pisau bedah tanpa dibius dan anehnya pesakit tidak pula merasa sakit.Pembedahan yang dilakukan adalah pembedahan terbuka dan mengeluarkan ketulan darah beku dari belakang badan pesakit. Tentu pengubatan sebegini tak terjangkau oleh fikiran kita. Dari segi hukum agama saya tak pasti kerana seperti yang kita maklum di zaman Rasulullah kaedah pengubatan sebegini memang tak pernah direkodkan.

Apapun kaedah yang akan kita pilih terserah pada kita .Cuma pengubatan alternatif yang digunakan di hospital kerajaan adalah sebagai pelengkap dari pengubatan moden yang telah dijalani.Contoh pengubatan alternatif atau complementary digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan yang teruk bila seseorang mendapat rawatan kanser. Jadi kaedah complementary ini akan membantu.Jadi pilihan pertama tetap pengubatan moden bukan sebaliknya.
Hati-hati jika memilih rawatan kerana dikuatiri jika tidak tepat maka penyakit akan menjadi lebih parah.Contoh jika penyakit kanser tak diubati secara tepat pada peringkat awal maka ia akan menjadi lebih ganas dan membahayakan nyawa pesakit.
Wassalam,

No comments:

Post a Comment