Sunday, April 4, 2010

Jumaat lepas saya memberi ceramah kerjaya di sekolah menengah di Labu. Agak mengejutkan bila saya melihat carta organisasi sekolah berkenaan. Pengetua perempuan, penolong kanan satu dan dua juga perempuan.Penolong kanan ketiga (KOKO) barulah laki-laki. Jumlah guru 70 orang dan laki-laki cuma 9 orang. Bila masuk dewan ceramah jumlah murid laki-laki tak sampai 30 persen.Majoriti murid sains di sekolah berkenaan adalah perempuan.
Akhir bulan Mac saya memberi kuliah pada pelajar diploma farmasi dan pelajar laki-lakinya cuma 4 orang sedangkan pelajar perempuan 28 orang. Memang tak seimbang.
Fenomina ini berlaku di mana-mana. Menurut salah seorang guru laki-laki di sekolah berkenaan sekarang ini murid laki-laki malas nak belajar dan lebih suka lepak dan berbual kosong. Tiap hari pasti ada saja murid laki-laki yang ditangkap merokok. Bila di jemput penjaga datang kesekolah untuk membincangkan masalah murid tak ramai yang nak datang. Sebelum itu katanya di dalam mesyuarat PIBG jumlah penjaga yang datang amat mengecewakan dan jumlah guru yang hadir lebih banyak dari ibubapa. Apakah ini fenomina di mana-mana.Entahlah kerana tak ada kajian. Nampaknya bertambahlah kerja para sosiologi di Malaysia ni untuk membuat berbagai kajian.

Apa punca pelajar laki-laki tak minat nak belajar. Apakah kerana ibu bapa tak ambil peduli kerana kesibukan bekerja untuk mencari rezeki.Kita sama-sama tak pasti dan cuma boleh membuat pelbagai andaian.

Di perguruan tinggi di negara ini memang jumlah pelajar perempuan lebih ramai terutama dalam bidang sains dan penddidikan. Kalau kursus kedoktoran, pergigian dan farmasi majoriti adalah wanita. Perkara ini dah terjadi sejak saya kuliah di tahun tujuh puluhan. Sekarang ini wanita sudah mula menceburi bidang-bidang yang dulunya dianggap untuk laki-laki.Contohnya menjadi pilot pesawat tempur dan ada yang terlibat dibarisan hadapan di medan perang.

Pemandu bas perempuan dah ramai.Malah pemandu tren LRT pun dah mulai ramai. Begitu juga menjadi pemandu teksi dan jika kita rajin memerhatikan fenomina ini sekarang security guardpun dah ramai perempuan.

Kalau dah semua bidang di kuasai oleh wanita maka laki-laki nak ke mana. Sebab itu sekarang dah ramai laki-laki menjaga anak dirumah sedangkan isteri sibuk bekerja. Kalau ada kesepakatan kira OKlah. Bagi saya laki-laki sepatutnya lebih gigih bekerja kerana amanah mencari rezeki adalah tanggungjawab suami bukan isteri. Kalau isteri bekerjapun suami tak berhak mengambil gaji isteri kecuali atas izin isteri untuk membantu beban suami.

Semua pihak perlu mengambil berat tentang perkara ini. Tanggungjawab ibu dan ayah menjaga anak-anak kita supaya berdisiplin dan gigih menuntut ilmu supaya laki-laki sentiasa ke hadapan kerana amanah ini dipukulkan di bahu mereka.
Wassalam

No comments:

Post a Comment