Friday, April 9, 2010

Semalam ada kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Perubatan salah sebuah negeri di Malaysia tentang betapa kotornya premis-premis yang menjual makanan.Dari 1262 buah premis yang di periksa oleh pihak kementerian hanya 29 buah yang lulus mengikut piawaian yang ditetapkan. Artinya hanya 29 premis yang bersih sedangkan yang selebihnya adalah kotor. Ini premis yang ada lesen belum lagi premis-premis yang tak mempunyai lesen yang kebanyakannya tidak mempunyai bekalan air yang sempurna. Bayangkan betapa bahayanya premis-premis yang kotor dan menjijikkan. Sebab itu kita tak hairan kalau berbagai macam penyakit menular di dalam masyakat. Yang jadi masalah adalah sikap masyarakat yang tak kisah dengan premis yang kotor ni. Mereka tetap berselera menikmati makanan yang dihidangkan hatta di premis yang jelas tak mempunyai bekalan air bersih. Pinggan mangkuk dicuci dengan air yang berulang-ulang.Jadi di mana bersihnya kalau begitu. Bila kita makan ditempat yang sedemikian maka kita mendedahkan diri kita pada risiko untuk mendapat penyakit. Jangkitan yang didapat dari kegiatan yang sebegini disebut community acquired infection. Kalau jangkitan yang di dapati akibat tinggal dihospital di sebut hospital acquired infection.
Sebagai pengguna kita perlu prihatin tentang masalah kebersihan ini. Saya yakin jika masyarakat hanya memilih premis yang bersih maka semua pengusaha akan bekerja kearah itu untuk menjaga kebersihan jika tidak perniagaan mereka akan gulung tikur. Tapi bila masyarakat tak ambil peduli maka merekapun akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan kebersihan ini.

Jika tempat kotor maka berbagai macam haiwan akan membiak seperti tikus, lipas, cicak, semut dan sebagainya. Sebab itu mungkin saja makanan yang terdedah akan dikencing oleh tikus dan orang yang memakannya akan mendapat jangkitan leptospirosis yang amat merbahaya.Oleh itu jaga kebersihan bila nak makan.

Semalam juga dalam siaran radio ada dinyatakan tentang kebimbangan Persatuan Perubatan tentang sikap baru masyarakat .Dah ramai anggota masyarakat yang menggunakan maklumat internet untuk mengubati diri sendiri tanpa perlu berjumpa dengan doktor. Berdasarkan maklumat tersebut mereka membuat kesimpulan penyakit yang mereka hadapi dan membeli ubat yang mereka anggap boleh merawat penyakit tersebut. Tren ini amat berisiko kerana kalau tak tepat maka yang menjadi mangsa adalah diri sendiri.Dari segi etika seorang doktor yang sakit tak digalakkan untuk mengubati diri sendiri. Dia perlu berjumpa dengan doktor lain untuk mendapatkan rawatan.Dikuatiri jika mengubati diri sendiri maka faktor perubahan emosi dalam keadaan sakit boleh menyebabkan diagnosis kurang tepat dan membahayakan diri sendiri. Jadi jika doktorpun digalakkan berjumpa dengan doktor lain apa lagi orang awam. Macam mana nak membuat diagnosis sendiri hanya berdasarkan maklumat internet kerana untuk membuat diagnosis ini perlu menjalani latihan khusus.Sebab itu doktor perlu melalui kuliah paling kurang lima tahun untuk membolehkan seseorang itu menjadi doktor.Jadi berhati-hatilah menggunakan maklumat yang ada. Sebaiknya jika sakit jumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan yang sepatutnya.
Memang ada ubat yang boleh dibeli secara bebas. Ubat-ubatan golongan C, dan D boleh dibeli di kedai farmasi dan ubat-ubatan golongan OTC boleh dibeli di mana-mana kedai. Jadi berhati-hatilah jika kita ingin menggunakan ubat-ubatan tersebut. Jika dibeli di kedai farmasi maka dapatkan khidmat dari Ahli farmasi kerana mereka adalah professional yang terlatih. Jika membeli ubat di kedai lain maka bacalah maklumat yang ada di dalam kotak ubat dan ikuti panduan yang disediakan supaya kita tak mendapat kesan yang tak diingini.
Wassalam

No comments:

Post a Comment