Tuesday, April 13, 2010

Pagi tadi jam 6.30 pagi saya berangkat ke Kl kerana ada conference Healthcare Tourism congress di KLCC. Jumlah peserta taklah ramai tapi ramai juga penceramah dari luar yang dipanggil.Kongres ini bermula semalam cuma saya hanya dapat menghadirinya pada hari ini. Semalam sibuk dengan urusan lain.

Kongress ini membincangkan bagaimana untuk mendapatkan pelancung perubatan ke Malaysia. Sekarang ini negara lain seperti Amerika dan Timur Tengah banyak mendapatkan perkhidmatan perubatan di luar negara kerana harga yang lebih murah. Kos pembedahan di negara kita contohnya hanya 25% dari kos ditempat mereka.

Penglibatan institusi perubatan dan hospital di negara ini masih baru dalam bidang medical tourist ni jika dibandingkan dengan Thailand. Mereka banyak mendapat pelanggan dari US dan Timur tengah tetapi jumlah yang datang ke negara ini mula meningkat.

Negeri-negeri yang bersempadan dengan Indonesia banyak mendapat limpahan pesakit dari seberang.Jika Melaka banyak mendapat pesakit dari Pekan Baru, Dumai dan Padang maka Pulau Pinang dapat banyak pesakit dari Medan.Kos berubat di Malaysia tentu jauh lebih murah dari Singapura kerana uang kita yang lebih kecil .Jadi murahlah kos jika di tukarkan dalam ringgit atau Rupiah.

Kongres ini turut membincangkan rawatan tradisional dan komplementeri yang sudah popular di negara seperti Cina dan India. Cina tentunya terkenal dengan rawatan akupungtur sedangkan India terkenal dengan rawatan ayurvedic. Ayur artinya hidup dan vedic artinya ilmu. Jadi ayurvedic adalah ilmu tentang hidup.Di negara kita 69% masyarakat mengamalkan pengubatan alternatif untuk menjaga kesihatan mereka. Di Cina 90% masyarakat mengamalkan rawatan alternatif. Di negara kita sudah ada 6 buah hospital yang membenarkan penggunaan rawatan alternatif di hospital-hospital kerajaan. Menurut maklumat cuma tiga hospital swasta yang telah mengambil bahagian.
Menurut Pengarah bahagian ini pada tahun depan pihak berkuasa akan mengawal amalan semua jenis rawatan alternatif ini kerana perkara ini penting untuk menjaga kebersihan dan keselamatan pesakit yang memilih rawatan jenis ini. Rawatan bekam pun dimasukkan kedalam rawatan alternatif.Sedar atau tidak masyarakat kita sudah lama mengamalkan rawatan alternatif.Jadi usia rawatan ini sudah hampir manyamai usia manusia.

Rawatan tradisional menurut definasinya adalah rawatan yang diamalkan secara turun temurun oleh sesuatu bangsa berdasarkan pengalaman nenek moyang yang diyakini boleh memberikan kebaikan dan mencapai matlamat yang diinginkan. Cuma belum banyak kajian saintifik yang dilakukan kecuali rawatan akupungtur yang boleh dipelajari secara sistematik seperti kedoktoran moden.Yang lain hanya berdasarkan ilmu turun temurun tanpa ada pengajian secara sistematik dengan kurikulum yang disusun sesuai dengan peringkat pengajian.

Satu lagi rawatan yang cukup popular adalah rawatan SPA. Katanya rawatan ini adalah untuk menjaga keseimbangan fizikal, jiwa dan mental. Cuma ada segolongan pengusaha yang menyalahgunakan sistem rawatan ini untuk mendapat keuntungan yang lebih cepat sehingga menyediakan perkhidmatan yang tak sepatutnya..Sebab itu mulai tahun depan rawatan SPA juga akan diawasi oleh pihak berkuasa.
Wassalam

No comments:

Post a Comment