Monday, April 5, 2010

Mereka berniaga dimulut manis tetapi dibelakang jijik dan meloyakan. Itulah salah satu tag yang diiklankan di TV untuk sebuah rancangan yang popular. Apa yang ingin diceritakan dengan maklumat ini adalah tentang kedai makan yang amat kotor. Nampak diluar bersih dan menyelerakan tapi bila masuk ke bahagian dapur tempat memasak ianya amat kotor dan meloyakan. Kalau kita lihat tempat memasak makanan tak mungkin kita akan ada selera untuk menjamah makanan yang disediakan. Fenomina ini terdapat di mana-mana. Banyak kedai makanan yang tak mempedulikan kebersihan. Sampah sarap termasuk sisa ayam, ikan dan daging dibiarkan bersepah, berselerak dan malah ada yang di makan oleh tikus.Ianya amat meloyakan dan boleh membuatkan kita muntah jika melihatnya. Banyak warung malah titak mempunyai bekalan air bersih. Yang ada cuma beberapa baldi air yang dibawa dari rumah. Bekalan air paip memang tak ada. Jadi bagaimana mereka nak menjaga kebersihan. Yang berniaga direstoran pula tidak membungkus sampah sarap dengan rapi malah dibiarkan menyumbat longkang dan bersepah serta berselerakan di mana-mana. Ini akan mengundang haiwan seperti kucing dan tikus untuk menyelongkar sampah sarap yang berkenaan.Semuanya ini terjadi kerana sikap tak ambil peduli.
Saya kalau makan di restoran memang saya suka ke bahagian belakang, kononnya nak mencari bilik air. Sambil menuju ke bilik air saya dapat melihat kebersihan dapur mereka. Kalau kotor kirim salamlah saya tak akan makan di kedai berkenaan.

Banyak penyakit terjadi kerana sikap manusia yang pengotor. Contoh yang sering terjadi dan menjadi tatapan umum adalah keracunan makanan.Puncanya kerana bahan yang digunakan dah busuk atau makanan yang disediakan tak bersih .Perkara ini bukan baru terjadi tapi kerana kurangnya sikap prihatin dan sikap tak bertanggungjawab pihak yang menyediakan makanan menyebabkan ianya terus berulang dan terus berulang. Makanan juga boleh menyebabkan serangan penyakit cholera atau taun. Juga puncanya dari pencemaran makanan.

Di setengah tempat yang menggunakan bahan minuman yang tak dimasak serta bahan makanan yang tidak dicuci bersih menyebabkan terjadinya jangkitan kuman salmonela thypi yang menyebabkan penyakit typus.Penyakit ini menyebabkan penyakit demam panas yang amat kuat dan jika tak dirawat segera kuman boleh masuk ke dalam otak sehingga menyebabkan kematian.Kita boleh mendapat penyakit ini jika makan ditempat yang tidak mempunyai bekalan air bersih serta penyediaan makanan yang kotor. Oleh itu sikap berhati-hati kita amat penting. Jangan main bedal aja kerana nanti kita yang akan menerima akibatnya. Jika tak ada pembeli tentu peniaga yang sebegini tidak akan ujud, tapi kerana sikap orang ramai yang tak ambil peduli tentang kebersihan maka peniaga yang sebegini terus berkembang dan berbagai penyakit tak dapat dikawal dari terus membiak.

Pagi tadi lepas jogging saya membeli roti disebuah kedai 24 jam. Saya sempat melihat pada bungkos kotak rokok tertulus dengan jelas, Rokok boleh menyebabkan kanser pada leher, Rokok boleh menyebabkan kanser pada paru-paru, Rokok boleh menyebabkan gugur kandungan. Tapi jumlah perokok semakin bertambah.Bagi mereka tulislah apapun ianya tak akan menakutkan mereka.Mungkin mereka tak percaya tentang semua label tersebut. Merokok tetap diteruskan walau apapun yang akan terjadi. Semuanya ini kerana sikap manusia yang tak peduli dengan kesihatan diri dan akan tetap meneruskan tabiat dan kegemaran mereka.

Sikap manusia juga menyebabkan berbagai penyakit .Salah satu contoh adalah penyakit dengue.Puncyanya kerana terdapat takungan air dimana-mana kerana sikap tak prihatin kita menjaga kebersihan. Mangsa denggi terjadi hari-hari dan jumlahnya juga cukup besar jika diambil kira keseluruhan kes bagi negara kita.Cuma serangan dengue ini tak pernah diistiharkan sebagai suatu wabak seperti wabak H1N1. Makin hari makin banyak kes yang dilaporkan dan menelan banyak mangsa. Usaha untuk membasmi penyakit ini menghadapi kesukaran kerana kurangnya sifat prihatin masyarakat untuk menjag kebersihan lingkungan hidup mereka.

Marilah sama-sama kita mendisiplinkan diri dan mengambil sikap yang sepatutnya supaya kita boleh menjalani hidup ini dengan selamat dan sejahtera.
Wassalam

No comments:

Post a Comment