Monday, April 26, 2010

Salah satu program conference Safer health care adalah forum bersama pesakit. Dua orang pesakit dijemput untuk menjadi ahli panel forum .Selebihnya adalah seorang pakar radiologi dan seorang peguam. Perbincangan amat menarik khususnya pengalaman yang diceritakan oleh pesakit berkenaan mengenai masalah dia dan cari dia di layan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
Pesakit pertama menyebutkan bagaimana jiran dia tiba-tiba hampir pengsan setelah memakan ubat yang di panggil prazosin. Doktor memberi tahu ubat tersebut adalah untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang dihidapinya tetapi tidak menjelaskan kesan sampingan ubat tersebut dan apa yang perlu dilakukannya bila memakan ubat tersebut. Bahagian farmasi juga tidak memberikan sebarang maklumat tentang kesan sampingan ubat ini.
Tak berapa lama setelah memakan ubat ini pesakit mula merasa hampir pengsan .Nasib baik dia tidak berada di jalanraya atau sedang memandu kereta.Ubat ini memang di kenal pasti memberikan kesan sampingan yang di sebut postural hypotension ia itu turunnya tekanan darah secara mendadak apa bila pesakit bangun dari duduk.Oleh itu pesakit perlu diberitahu tentang kesan ini supaya bila dia makan ubat prazosin dia perlu duduk atau baring untuk beberapa ketika untuk mengelakkan kesan postural hypotension ini.Bayangkan jika pesakit mengambil ubat ini dan terus memandu.Kemalangan mungkin boleh terjadi.
Pengalaman kedua yang diceritakannya adalah pengalaman saudara dia yang mengambil dormicum ia itu sejenis ubat penenang. Setalh makan ubat ini saudara dia seperti blank selama 48 jam. Dia dah tak tahu apa yang terjadi dan tak ingat banyak perkara. Ubat ini terkenal dengan kesan yang disebut hanging over effect, ia itu kesan seperti berkhayal untuk tempuh beberapa waktu. Bukan semua pesakit yang akan mendapat kesan ini tetapi ianya boleh terjadi kepada mereka yang sensitif.Bayangkan jika pesakit berada di jalan atau sedang memandu tentunya akan terjadi kecelakaan. Kenapa perkara ini terjadi? Puncanya kerana doktor dan bahagian farmasi tidak memberikan kaunseling yang sepatutnya.
Pengalaman ketiga yang diceritakan beliau adalah masalah yang dihadapi oleh suaminya. Setiap malam suaminya tak boleh tidur kerana kerap kali perlu ke tandas untuk membuang air kecil. Perkara ini terjadi setiap malam. Kerana tak tahan dengan masalah ini dia membawa suaminya berjumpa seorang pakar dan membawa semua ubat yang dimakan oleh suaminya untuk ditunjukkan kepada doktor berkenaan. Setelah diperiksa oleh doktor di dapati suami beliau diberikan tiga jenis ubat diuretik. Ubat ini diberikan untuk melawaskan air kencing kerana suami beliau menghadapi penyakit darah tinggi dan prostat.Jadi doktor berkenaan menasihatkan suami beliau untuk memakan satu jenis diuretik sahaja.Kenapa kejadian ini terjadi? Puncanya kerana dia berjumpa dengan banyak doktor dan setiap kali doktor akan menambah jumlah ubat tanpa memeriksa ubat yang sedang dimakan.

Pengalaman keempat adalah tentang ubat baru yang diberikan kepada suami beliau. Kata doktor ubat tersebut adalah untuk mengubatai penyakit prostat. Doktor tidak memberikan sebarang nasihat tentang ubat berkenaan kecuali hanya memberi tahu yang ubat tersebut adalah untuk penyakit prostat. Semua beliau mengidapi penyakit jantung dan telah dipasang bateri pada jantung beliau. Sebaik memakan ubat ini semua beliau langsung pitam dan nak pingsan. Kejadian ini b erulang beberapa kali.Jadi beliau melarikan suaminya ke pusat jantung di KL dan doktor membuat pemeriksaan terhadap jantung suaminya. Kata doktor keadaan jantung OK dan tak ada masalah. Doktor menasihatkan jika pitam lagi langsung bawa ke hospital. Tentu beliau merasa tak puas hati dan mula membaca segala maklumat tentang semua ubat yang dimakan oleh suaminya. Di dapati ubat yang baru di makan mempunyai kesan pada jantung. Setelah ubat ini dihentikan maka keadaan suaminya menjadi normal dan tidak pitam lagi.
Pengajaran yang boleh didapati adalah banyak masalah yang timbul dari ubat-ubatan kerana tak ada maklumat yang lengkap yang diberikan kepada pesakit. Akibatnya pesakit menghadapi berbagai kesulitan dan boleh membahayakan diri.
Wassalam

No comments:

Post a Comment