Sunday, April 18, 2010

Dalam hidup ni banyak benda yang kita tak boleh kawal dan diluar pengetahuan kita.Yang pasti soal mati.Dimana, bila dan bagaimana tak ada siapa yang tahu.Malah jam berapa kita tidurpun kita tak pasti.Kita cuma boleh mengagak saja bila kita tidur.Kalau terjaga dari tidur kita boleh tengok jam.Rahsia ni Allah tak bagi pada kita .Tentunya ada hikmah yang tersendiri.Kalau kita tahu bila kita akan mati tentunya kita akan menjadi stress yang luar biasa memikirkannya.
Soal rezekipun kita tak pasti.Siapa yang boleh pasti berapa banyak harta yang dia boleh dapat, bila dia boleh naik pangkat, berapa lama business dia akan terus maju dan bertahan.Rahsia ini pun Tuhan tak bagi pada kita.Tapi yang pasti setiap mahluk yang bernyawa ada rezekinya.Bagi manusia rezeki Allah bagi sesuai dengan usaha.Tak ada usaha tak akan ada rezeki.Mahluk lain tentu lain pula caranya.Hatta sang harimaupun perlu mengejar mangsanya untuk emperolehi makanan.Jika dia duduk relax saja maka tak makanlah dia.

Soal jodohpun begitu. Tapi perlu diingat kalau tak ada usaha tak akan ada jodoh. Minta emak carikan calonpun dinilai sebagai usaha.Perempuan yang memulakan dahulupun dianggap sebagai usaha.Jika tak permah berusaha jangan harap jodoh akan datang sendiri.

Kita hanya tahu perkara yang dah terjadi.Apa akan jadi malam nantipun kita tak tahu.Bila seseorang akan jatuh sakit tak ada siapa yang akan tahu.Sakit mungkin cubaan dan mungkin juga kerana salah tingkah laku.Contoh jika dah ada penyakit kencing manis atau darah tinggi makanlah ubat dan kawal pengambilan makanan.Jika semuanya main bedal alamatlah menempah bahaya.Jangan nak salahkan Tuhan jika kita kena stroke atau rosak buah pinggang jika kita tak menjaga disiplin diri.

sebagai manusia kita diberikan akal dan diberikan agama untuk memandu kita. matlamat hidup harus jelas.sehebat manapun manusia pasti akan mati cuma bila, dimana dan bagaimana tak ada siapa yang tahu.Bila dah mati belum habis cerita.Mungkin ada yang menyangka bila mati habis cerita.Di dunia memang habis cerita tapi di alam khubur dan kemudian di alam akhirat belum habis cerita. Jika amalan didunia mencukupi tentu nasib dialam barzah akan baik.Jika didunia buat ikut DAN tanpa peduli dosa pahala maka azab akan sentiasa menanti.Sebab itu kita perlu menjaga disiplin diri. Kalau nak difikirkan bukan susah sangat.Buat apa yang Tuhan suruh dan tinggalkan apa yang Tuhan larang.Bunyinya senang tapi hanya sebahagian kecil yang berjaya melakukannya.

Nabi kata gunakan lima perkara sebelum datang lima perkara:
hidup sebelum mati
muda sebelum tua
kaya sebelum papa
sihat sebelum sakit
waktu senang sebelum sibuk
Jika kita mengambil berat tentang perkara ini perjalanan hidup kita akan sempurna.Tak ada gunanya memikir sesuatu yang diluar kawalan kita.Yang penting kita berusaha dan berdoa.naik keretapun kita perlu membaca doa kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi.Selamat atau tidak disepanjang perjalanan Tuhan yang menentukan dengan syarat kenderaan kita berkeadaan baik dan kita memandu dengan cara yang berhemah.Tapi kalau naik motor merempet maknanya sengaja menempah maut walaupun dia membaca doa.

Oleh itu lalui kehidupan ini menurut cara yang Allah rido. Mudah-mudahan kita selamat dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment