Thursday, September 17, 2009

Hari ni 18/9/09 bersamaan 28 Ramadhan. Nampaknya bahang Syawal dah sangat terasa. Yang pasti jalanraya dah mulai sesak seperti biasa kerana orang berlumba-lumba nak balik kampung. Budaya balik kampung ni sangat baik cuma masalahnya pengguna jalanraya sangat kurang timbang rasa dan ini adalah salah satu punca terjadinya kemalangan. Sebagai pemandu sayapun banyak mengalami keadaan yang tak selesa ni. Contohnya di lebuhraya kalau kita lambat sedikit maka akan diasak olegh kereta dari belakang seolah-oleh nak dilanggarnya kita. Yang sering tu lampu akan dinyalakan memberi amaran agar kita ke tepi. Di jalan biasa pula bila ada kereta yang memotong maka pemandu kereta yang datang dari arah berlawanan sepatutnya memperlahankan kereta mereka tetapi kebiasaannya mereka malah memecut laju. Akibatnya boleh mendatangkan kemalangan maut. Inilah sikap kita sewaktu di jalanraya. Akibat dari ulah yang begitu angka kemalangan sangat tinggi dan dalam waktu 3 hari ops sikap sudah 13 orang yang terkorban.

Beberapa hari yang lepas saya menonton jejak Rasul dan ada diceritakan tentang Yaman. Jadi saya teringat pengalaman saya sewaktu berkunjung ke negara tersebut. Pada 16 April tahun ini saya berkesempatan mengikut rombongan dari syarikat saya bekerja berkunjung ke Sanaa Yaman selama 9 hari atas urusan resmi. Kami berangkat dari KLIA menggunakan Yaman Air dan mengambil waktu 8 jam untuk sampai di Dubai. Sampai saja di Dubai harus menunggu di dalam kapalterbang selama 1 jam dan setelah itu terbang ke Sanaa. Ianya mengambil waktu 1 jam. Kami sampai waktu petang dan disambut oleh beberapa pegawai dari syarikat yang sedang menunggu kami. Kami di tempatkan di hotel antarabangsa. Kawalannya sangat ketat di mana di pintu masuk terdapat dua kenderaan tentera yang lengkap bersenjata berat. Itu gambaran awal betapa negara itu berada dalam keadaan yang kurang selamat .

Saya sebenarnya berkunjung ke salah sebuah hospital swata milik rakyat tempat untuk melakukan audit selama tempoh keberadaan kami di sana. Satu yang menarik tentang Sanaa ini adalah budaya rakyatnya yang memakai sejenis senjata yang di sebut Gambia. Saya amati rupanya seperti kerambit tetapi panjang dan besar. Senjata ini diselitkan dipinggang bahagian depan samalah seperti pahlawan Melayu dulu memakai keris. Selama berada di sana timbul kebimbangan saya tentang keselamatan kami untuk berbelanja di kedai. Tapi menurut penduduk setempat alat tersebut hanyalah hiasan bagi laki-laki Yaman. Pesakit yang datang ke hospitalpun memakai Gambia dipinggang mereka dan bila sampai di hospital alat tersebut di serahkan pada pengawal keselamatan hospital yang bersenjata lengkap menggunakan senapang submachine gun.Mujur petugas hospital tidak memakai Gambia sewaktu bertugas.Mereka hanya memakai pakaian biasa seperti kita.

Budaya unik yang kita tak akan jumpa di negara kita adalah kebiasaan kaum laki-laki di Sanaa memakan sejenis daun yang di panggil Qat. Daun ini berwarna hijau, bentuknya kecil seperti kangkung . Harganya juga lumayan mahalnya. Daun ini akan mula dikunyah selepas waktu zohor sampailah waktu malam. Daun dikunyah sedikit demi sedikit dan dikumpulkan di dalam mulut sehingga pipi mereka menjadi bengkak sebelah kerana timbunan daun Qat tersebut. Saya menjadi pelik bagaimana mereka sanggup menyimpan daun Qat ini dalam mulut sampai ke malam. Yang dihisap adalah air yang keluar dari daun tersebut. Menurut keterangan teman saya di sana, air yang keluar dari daun tersebut boleh menyebabkan mereka merasa seperti badan kuat untuk bekerja, tidak mengantuk dan merasa segar. Ini yang menyebabkan mereka yang memakannya menjadi ketagih.Dalam bahasa Inggeris disebut"Sense of well being".Kesan
ini sama seperti kesan Amphetamin atau Cocaine. Jumlah yang menagih Qat ini cukup ramai dan penanaman Qat sudah menjadi satu industri penting di Sanaa.
Rakan saya dari Malaysia sempat berjumpa dengan salah seorang rakyat Saudi di hotel tempat kami menginap. Menurut beliau di Saudi Qat diharamkan penggunaannya tapi di Yaman di tanam secara besar-besaran dan digunakan secara meluas. Menurut salah seorang staf di hospital tempat kami berkunjung , bila seseorang memakan Qat dia akan berasa kuat tetapi bila kesan Qat hilang maka mereka akan tidur seperti kucing. Entahlah apa nak jadi dengan masyarakat Sanaa ni.

Di Sanaa banyak terdapat kedai farmasi. Kita boleh nampak di mana-mana tapi saya tak nampak pula klinik doktor seperti klinik di Malaysia.Di negara arab peranan ahli farmasi yang dominan dimana kedai farmasi boleh menjual apa saja jenis ubat tanpa memerlukan preskripsi dari doktor. Malah ahli farmasi dipanggil doktor oleh masyarakat di sana.Itulah pentingnya peranan ahli farmasi di negara arab. Di negara kita ramai yang tak tahu apa itu ahli farmasi.

Saya lihat ubat-ubatan yang digunakan di hospital di Sanaa sama dengan apa yang kita gunakan di Malaysia. Ini berarti kita ni menjadi konsumer kepada ubat-ubatan yang dikeluarkan oleh negara barat. Merekalah yang menguasai pasaran ubat antarabangsa. Jadi jangan hairan kalau anda berkunjung kemana negarapun ubat yang dijual adalah ubat-ubatan yang sama.
Berbalik kepada sejarah Sanaa. Saya dimaklumkan bahawa Sanaa berasal dari perkataan Sam iaitu anak Nabi Nuh yang tinggal di bandar tersebut. Bumi Yaman mempunyai sejarahnya tersendiri. Di Sanaa inilah tempat bertahtanya Abrahah yang mengetuai tentera bergajah yang menyerang Qa'bah. Abrahah ini berasal dari Habsyah, yang sekarang di sebut Ethiopia.Beliau menakluki Sanaa dan menjadi Governor di sana. Abrahah membawa 100,000 orang tentera yang menaiki Gajah dari Sanaa ke Mekah. Kalau menggunakan kapalterbang lama penerbangan dari Sanaa ke Jeddah adalah 1 jam setengah. Ini berarti jaraknya melebihi 700km. Kita pun tak terbayang bagaimana Abrahah mampu membawa 100,000 bala tentera yang menaiki gajah berangkat dari Sanaa ke Qa'bah. Tak tahulah berapa hari mereka baru sampai dan gajah jenis apa yang mereka tunggangi sehingga mampu melalui jarak yang begitu jauh.Seprti yang tercatit habis semua tentera Abrahah di musnahkan Allah dengan menggunakan burung ababil yang melemparkan batu dari neraka sewaktu menyerang tentera Abrah. Semuanya musnah kecuali seorang yang selamat pulang untuk menceritakan peristiwa tersebut.
Andaian saya kerajaan Habsyah pada waktu itu adalah kerajaan superpower seperti Amerika sekarang ini. Wallahualam
wassalam

No comments:

Post a Comment