Wednesday, September 30, 2009

Hari ni 1/10/09 bersamaan 12 syawal. Masih ada waktu nak puasa sunat 6 hari. Jangan tak puasa rugi sebab berpuasa pada bulan ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dibulan syawal ibarat berpuasa selama 1 tahun. Ini janji Allah pada umatnya. Cuma benda ni tak nampak dek mata sebab tu tak ramai yang minat. Kalau dividen saham tu nampak dan boleh dirasa. Sebab tu orang sanggup beratur panjang sebelum subuh untuk membeli saham
Hari ni saya nak sambung cerita tentang farmasi. Blok saya ni khusus untuk cerita tentang ilmu mengenai farmasi. Saya tak akan cerita tentang politik kerana dah banyak dah blok yang cerita tentang benda ni. Lagipun dalam politik ni tak tahu siapa salah siapa betul. Memang memeningkan kepala.
Farmasi berasal dar bahasa Greek pharmakon yang berarti penyembuh(remedy). Farmasi juga berhubungkait dengan perkataan Mesir ph-ar-maki yang berarti pengurnian keselamatan.Sebelum ini saya ada cerita betapa pentingnya peranan farmasi di negara-negara arab kerana ilmu tentang farmasi inipun bermula dari sana.Secara lengkapnya Farmasi berarti:
1.Kemahiran menyediakan dan mendispen ubat-ubatan
2.Tempat di mana ubat-ubatan dijual dan disimpan. Ia juga disebut apoteker atau apothecary. Di Indonesia istilah apoteker ni memang digunakan bagi mereka yang mempunyai sarjana muda dalam bidang farmasi. Kalau diMalaysia di sebut Pegawai Farmasi atau Ahli Farmasi. Di negara Barat di sebut Pharmacist.

Kira-kira 80,000 tahun dahulu manusia di zaman "Paleolithic" menggunakan berbagai jenis flora untuk tujuan pengubatan. Di banyak negara seperti Indonesia, Cina, India dan di negara kita penggunaan flora untuk tujuan pengubatan masih berlangsung. Saya dah sentuh tentang perkara ni di awal penulisan dlam blok ni.Proses kimia untuk menghasilkan ubat-ubatan dimulai oleh orang-orang Mesopotamia, Mesir dan Cina. Pada tahun 1618 Pharmacopeia of London telah diterbitkan dan pada tahun 1639 Pharmacopeia of Paris pula diterbit. Negara kita masih belum mempunyai pharmacopeia sehingga kini.Ini menunjukkan betapa barunya bidang farmasi di negara kita. Indonesia sudah lama mempunyai pharmacopeianya sendiri. Di dalam Pharmacopeia ini dicatitkan tentang pembuatan"elixir", "spirit" serta"powder".
Perkembangan ilmu farmasi di Amerika hanya bermula pada abad ke sembilan belas.Ubat-ubatan utama yang dianggap mempunyai nilai terapeutik yang tinggi dipilih untuk dimasukkan ke dalam pharmacopeia of United States yang diterbitkan pada tahun 1820 oleh Jawatankuasa yang terdiri dari Ahli Farmasi,Perubatan, Persatuan Perubatan dan farmaseutikal serta Pakar bedah.Setelah sesuatu ubat dipilih maka kualiti dan potensi ubat tersebut di formulasi oleh Ahli Farmasi dan Ahli Kimia Farmaseutikal. Kriteria yang sama digunakan oleh jawatankuasa tersebut untuk memilih ubat-ubatan yang mempunyai nilai terapeutik yang rendah dan dimasukkan ke dalam Formulasi Nasional terbitan "the American Pharmaceutical Association"pada tahun 1888.
Dah untuk hari ni cukup cerita tentang sejarah farmasi. Saya nak sentuk sedikit tentang berita malang yang menimpa Samoa dan Padang. Dikabarkan lebih dari 1000 orang dijangka mati akibat dari gempa di Padang. Saya rasa amat terharu tentang berita ni sebab saya pernah bekerja di sana selama 3 tahun 4 bulan. Waktu saya di sana dulu syukor tak terjadi sebarang gempa.Dalam keadaan kelam kabut begini tentu banyak kerusakan yang terjadi. Yang pasti banyak ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat mereka yang tercedera. Kita doakan mereka tabah menempuh dugaan ini. Yang istimewanya di Padang adalah banyak terdapat Mesjid yang didirikan atas daya usaha masyarakat tanpa bantuan dari pihak yang berkuasa.Mereka berlomba-lomba mendirikan mesjid dengan mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka sendiri. Satu lagi adalah nasi Padang.memang istimewa dan menyelerakan sampaikan di negara kita pun banyak orang yang mengiklankan yang mereka menjual nasi padang.Nama boleh sama tapi rasa tak sama. kalau nak yang original kenalah ke sana. Yang pasti kalau nak pergi tunggu lepasa gempa selesai
Sampai jumpa lagi .Wassalam

No comments:

Post a Comment