Friday, September 11, 2009

Hari ni 11/9/09. Wah makin dekat nak raya ni. Kad ucapan hariraya pun dah banyak yang diterima. Di zaman moden ni lebih banyak yang suka menggunakan email ataupun menjelang lebaran nanti pakai sms je. Jimat dan cepat.
Berbalik kepada cerita ubat. Satu lagi ubat tradisional yang menjadi kegilaan kaum laki-laki ialah Tongkat Ali. Sekarang ianya boleh didapati dalam bermacam bentuk dan dicampur dengan bermacam-macam bahan. Ada yang datang dalam bentuk kapsul, tapi yang paling popular adalah dicampur dengan serbuk kopi. Macam-macam jenama yang ada. Malah dah dicampur pula dengan teh tarik. Kalau ke kedai mamak tu pesan saja teh tarik Tongkat Ali, pasti 5 menit siap untuk di minum.
Kita pun tak pasti kenapa laki-laki banyak yang gila minum air Tongkat Ali. Kalau membeli ubat-ubatan yang mengandungi Tongkat Ali perlu hati-hati kerana takutnya dicampur dengan steroid. Steroid bukan sahaja mengganggu berbagai sistem tubuh malah boleh merosakkan tulang dan organ yang lain. Kesan paling segera adalah muka menjadi sembab kerana penahanan air dalam badan. Kenapa di pilih nama Tongkat Ali. Jawapannya Wallahualam. Saidina Ali adalah sepupu Rasulullah yang akhirnya menjadi menantu beliau. Memang Saidina Ali gagah orangnya tapi dalam sejarah sahabat Rasulullah banyak juga sahabat lain yang gagah belaka seperti Omar AlQatab dan Khalid Al Walid. Tapi kenapa nama Ali yang di pilih. Lawannya pula adalah Kacip fatimah untuk perempuan. Fatimah adalah anak Rasulullah dan isteri Ali. Inilah dia masyarakat Melayu .
Nama botani Tongkat Ali adalah Eurycoma longifolia Jack dari famili Simaroubaceae. Di kabarkan lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini dicampur dengan Tongkat Ali. Nilai dagangannya adalah lebih kurang RM 9 juta setahun.Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks.Penyelidikan menunjukkan bahan kimia(fitokimia) yang terdapat dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan paras testosterone yang merupakan hormon laki-laki.
Di samping itu secara tradisinya Tongkat Ali digunakan untuk mengubati penyakit pening kepala,luka-luka, kurap,bengkak kelenjar dan macam-macam lagi.
Besok kita bincang pula tentang Kacip Fatimah
Sampai jumpa lagi
Wassalam

No comments:

Post a Comment