Wednesday, September 16, 2009

Hari ni 17/9/08 bersamaan 27 Ramadhan.
Meyambung cerita semalam tentang vaksin. Bukan semua penyakit boleh di atasi dengan vaksin. Masih banyak penyakit yang tidak boleh dicegah menggunakan vaksin. Yang menjadi masalah besar di negara kita sekarang ini adalah penyakit dengue terutama dengue berdarah. Banyak kematian yang terjadi secara tiba-tiba. Saya dapat lihat beberapa kes di mana pesakit datang dalam keadaan yang masih sedar, boleh bercakap tetapi besoknya sudah meninggal dunia. Puncanya kerana pendarahan dalam yang tak sempat dikesan. Itulah bahayanya dengue. Cuma cerita dengue sekarang agak tenggelam kerana adanya wabak baru selesema babi H1N1. Kalau nak dikira statistik kes kematian akibat dengue lebih tinggi dari H1N1.Kenapa tak ada vaksin untuk penyakit ini , kita pun tak berapa pasti. Sebelum ujudnya denggi negara kita di serang wabak malaria tetapi kini terutama di semenanjung dah jarang kita temui kecuali di pendalaman Sabah dan Sarawak. Puncanya penyakit tidak banyak lagi kerana hutan belantara dah berkurangan dan juga kerana adanya ubat profilaksis untuk penyakit ini. Malaria hidup dalam hutan tebal tatpi dengue hidup dalam bandar di air jernih. Jadi sesuailah pepatah Melayu yang mengatakan "jangan sangka air yang tenang tidak merbahaya"
Kebelakangan ini muncul kembali penyakit TB .Saya rasa puncanya ada dua iaitu merebaknya penyakit HIV yang membunuh sistem pertahanan tubuh dan juga kerana banyaknya pendatang asing di negara ini. Virus HIV ni kerjanya mematikan sistem pertahanan tubuh manusia dengan cara menghambat kerja C4. Bila sistem immun dah rendah maka mudahlah kuman untuk membiak termasuk kuman TB. Di samping itu kebanyakan pendatang asing tidak mendapat vaksinasi TB sewaktu kecil kerana negara mereka tidak menyediakan program tersebut. Akibatnya kerana pergaulan dengan masyarakat tempatan maka adalah di antara kita yang dijangkiti oleh penyakit ini. Faktor ketiga saya rasa adalah kerana program vaksinanasi TB yang diberikan mungkin tidak berkesan kerana beberapa faktor. Faktor yang utama adalah kerana vaksin tersebut sudah rosak kerana suhu penyimpanan yang tidak sesuai. Ini yang disebut sebagai sistem "Cold chain" yang telah putus. Maknanya suhu vaksin mesti dijaga di bawah paras beku mulai dari kilang, sewaktu dihantar ketempat penyimpanan seperti di hospital atau ke klinik dan sehingga vaksin tersebut diberikan pada penerima. Jika rantaian suhu ini terputus di dalam proses tersebut maka vaksin berkenaan akan rosak dan tidak akan berguna lagi bila diberikan pada penerima.Faktor kedua kerana sistem immun seseorang telah menurun mendadak kerana pengambilan ubat-ubatan seperti steroid atau ubat kanser.

Sampai jumpa lagi. Wassalam

1 comment:

  1. Salam Tn Hj,

    Tahniah di atas bicara di atas amat berguna sekali lagi. Teruskan usaha murni ini.

    Wassalam,

    Hamilye

    ReplyDelete