Tuesday, September 29, 2009

Hari ni 30/9/09 bersamaan 11 syawal. Bahang raya masih terasa. Hujung minggu ni banyak yang akan buat open house.
Hari ni saya nak bincang tentang istilah ubat dan dadah. Di negara kita ni ramai yang keliru tentang istilah dadah. Kalau pasal ubat saya rasa semuanya faham tetapi tentang dadah ni banyak yang keliru kerana secara resmi ubat diterjemahkan sebagai dadah.Dalam bahasa Inggeris ianya di sebut drug dan bila diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia maka istilah yang digunakan adalah dadah bukannya ubat. Ubat adalah bahasa harian yang digunakan masyarakat. Penyalahgunaan drug dalam bahasa Inggeris disebut drug abuse. Tapi dalam bahasa Malaysia dadah digunakan untuk ubat biasa dan juga penyalahgunaan ubat. Ini yang menyebabkan kita keliru.Mutakhir ini malah disebut najis dadah. Ini lebih lagi mengelirukan kerana istilah najis dalam agama kita mempunyai makna yang lain.Tujuan penggunaan najis ni adalah untuk menggambarkan betapa jijiknya dadah ni.
Tahun lepas saya berkesempatan memberi ceramah kesihatan di salah sebuah surau di tempat saya. Salah seorang peserta mengemukakan pertanyaan yang sangat mengelirukan. Dia kata kan ubat itu adalah dadah dan dadah itu najis. Artinya bila kita makan apa sahaja jenis ubat maka kita memakan najis dan ini ditegah oleh agama. Wah pertanyaan ini cukup sulit untuk dijawab kerana jika masyarakat berfahaman seperti ini maka akan ramai pesakit yang enggan memakan ubat kerana menganggap ubat itu haram kerana najis.
Saya memberikan jawapan yang spontan. Saya kata kita kena bezakan antara ubat dan dadah walaupun dari segi istilah ubat sama dengan dadah. Saya kata ubat itu digunakan untuk mengubati atau mengawal penyakit sedangkan dadah itu digunakan untuk berkhayal dan merosak diri. Jadi jangan kita samakan antara ubat dengan dadah. Saya tambah lagi jika tuan sakit dan tuan tidak makan ubat kerana beranggapan ubat itu dadah dan najis maka tuan telah mendedahkan diri tuan kepada bahaya dan ini ditegah oleh agama. Si penanya tidak memberikan apa -apa respon terhadap jawapan saya tersebut. Saya tak pasti sama ada dia setuju ataupun tidak dengan jawapan saya itu.
Menurut pengertian saya dadah adalah ubat yang disalahgunakan untuk berhayal atau apapun tujuannya dan akhirnya ketagih dan menimbulkan kerosakan kepada manusia. Tapi ada lagi satu golongan ubat yang digunakan oleh para olahragawan untuk tujuan menguatkan badan. Bahan ini juga di sebut dadah.Ianya berbeza dengan bahan yang digunakan untuk berhayal.Bahan jenis ini adalah dari golongan hormon atau steroid sedangkan bahan untuk berhayal adalah dari golongan yang merangsang central nervous system .Kedua-dua golongan ini menimbulkan massalah kepada manusia.
Saya rasa bagi masyarakat istilah dadah ini cukup mengelirukan. Dalam bahasa Inggeris dah jelas dah perbezaan antara drug, drug abuse dan doping.
Dalam bahasa Indonesia mereka tidak menggunakan istilah dadah tetapi narkotika. Ubat biasa disebut obat dan bahan yang menimbulkan ketagihan itu disebut narkotika sehingga pasukan polis yang khusus untuk menangani kes ini di sebut polisi anti narkotika.
Soal istilah ni saya rasa perlu diteliti oleh ahli bahasa kerana ini kerja mereka. Jangan biarkan masyarakat terus keliru dengan penggunaan istilah yang tidak boeh membezakan antara ubat yang berguna dengan bahan yang disalahgunakan.
Dalam sejarah penyalahggunaan bahan yang pada asalnya ubat memang sudah lama.Dulu terkenal dengan sejarah perang candu di mana pihak British menggunakan strategi ini untuk mengalahkan Cina.
Dadah-dadah yang digunakan hari ini pada umumnya dapat dibahagi kepada golongan berikut:
-narkotik seperti morfin,heroin yang asalnya adalah dari candu
-amphetamin seperti pil ice, pil kuda
-Central nervous system stimulant seperti cocaine
-ganja dan daun ketum
-ubat penenang seperti valium
-perangsang metabolisme tubuh untuk mendapat kekuatan yang lebih seperti steroid dan hormon. Bahan ini biasa digunakan oleh atlit.
Sebelum saya tutup perbincangan kita hari ni saya mengajak tuan puan merenung istilah kedoktoran yang digunakan di Malayia dan di Indonesia.
Di Malaysia: sarjana muda perubatan di sebut doktor (dr), pemegang Phd juga di sebut doktor (dr). Sarjana muda pergigian di sebut doktor(dr). Jadi tak ada beza
Di Indonesia: sarjana muda perubatan di sebut dokter(dr). Pemegang Phd di sebut Doktor(Dr) dan sarjana muda pergigian disebut dokter gigi (drg). Jadi ada beza.
Wassalam

No comments:

Post a Comment