Friday, September 25, 2009

Hari ni 26/9/09 bersamaan 7 syawal. Besok lebuhraya akan penuh sesak bila orang ramai mulai pulang ke kota untuk mula bekerja pada hari isnin.Entah berapa lagi yang akan meninggal di jalanraya, hanya Allah yang tahu.
Hari ni saya nak sentuh tentang farmasi. Kalau sebut saja doktor masyarakat semua tahu tapi bila sebut farmasi banyak yang keliru. Di hospital kerajaan ada dua jawatan di bahagian farmasi iaitu Pegawai farmasi dan Pembantu Farmasi. Masalahnya bila ditanya maka mereka yang bekerja di bahgian ini akan memberi tahu yang dia bekerja sebagai farmasi di hospital. Jadi yang mana satu Pegawai atau Pembantu. Ini yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru seolah-olah siapa sahaja yang bekerja di bahagian ini disebut farmasi.
Perbezaan antara Pegawai dan Pembantu farmasi adalah disegi kelulusan dan tanggungjawab. Untuk menjadi Pegawai farmasi maka seseorang itu perlu mempunyai ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti yang di iktiraf oleh kerajaan. Setelah selesai mendapat ijazah maka mereka perlu mengikuti housemanship di hospital kerajaan selama satu tahun.Setelah itu bagi mereka yang mendapat ijazah dari universiti dalam negeri mereka langsung boleh berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia kerana sewaktu kuliah mereka telahpun mengambil subjek Forensik farmasi.Bagi lulusan luar negara mereka perlu mengikuti ujian Forensik farmasi sebelum layak untuk didaftarkan dengan Lembaga farmasi Malaysia. Setelah berdaftar mereka akan diberi nombor pendaftaran untuk membolehkan mereka di akui sebagai Pegawai farmasi atau di swasta di panggil Ahli Farmasi atau pharmacist. Setiap tahun mereka perlu memperbaharui Annual Practising Certificate(APC) untuk membolehkan mereka bekerja sebagai Pegawai Farmasi atau pharmacist.
Bagi Pembantu farmasi mereka hanya mempunyai diploma dalam bidang farmasi dan tidak mempunyai APC. Tugas mereka adalah untuk membantu kerja-kerja Pegawai Farmasi .
Di negara kita setiap premis farmasi sama ada hospital swasta atau kedai farmasi hanya boleh dibuka bila ada Pegawai farmasi(pharmacist) yang bertugas kerana premis tersebut memerlukan lesen dari Pegawai farmasi tersebut.Tanpa lesen ini maka premis tersebut tidak dibenarkan menjual ubat-ubat berjadual seperti yang termaktub di dalam Poison Ordinan 1952.
Bagi hospital swasta jika jumlah katil melebihi 30 buah maka lesen farmasi diperlukan untuk membolehkan hospital ini beroperasi tapi bagi kedai farmasi mesti ada lesen farmasi jika tidak tak beloh menjalankan perniagaan.
Di dalan Poison ordinan terdapat 4 kategori ubat-ubatan berjadual iaitu golongan A, B, C dan D.Di samping itu ada juga ubat-ubatan tidak berjadual yang disebut non poison yang boleh dijual oleh sesiapa sahaja dengan syarat ubat-ubat tersebut didaftarkan dengan Biro Farmaseutikal Kebangsaan.

Bagi ubat golongan A hanya Pegawai Farmasi(pharmacist) yang dibenarkan memegang lesen untuk mengimpot dan menjual bahan tersebut. Biasanya bahan yang tergolong ke dalam kelompok ini adalah raw material untuk membuat ubat-ubatan. Bagi golongan B hanya boleh dijual dengan preskripsi doktor tapi bagi golongan C dan D Pegawai farmasi dibenarkan untuk mendispennya tanpa preskripsi doktor.
Pembantu farmasi tidak boleh membeli dan menjual sebarang ubat berjadual kerana mereka tidak mempunyai lesen dan tidak berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.Di Amerika dan di negara Eropah Pembantu Farmasi di sebut pharmacy technician .
Isnin kita sambung dengan cerita ini.
Wassalam

1 comment:

  1. Salam kenal, menarik juga pembahasan mengenai profesi farmasi di Malaysia.
    Berapa lamakah seorang mesti belajar untuk menjadi pharmacist selepas lulus high school?
    Dan apakah sudah terdapat pembagian bidang kerja pharmacist?
    Terima kasih.

    ReplyDelete