Tuesday, September 8, 2009

Hari ini 9/9/09 bersamaan 19 Ramadhan. Nampaknya dah mulalah kurang jamaah di surau. Kalau yang perempuan tu dah mula sibuk buat kueh untuk persiapan hariraya nanti. Staf pun dah mula sibuk mengisi borang cuti.
Berbalik kepada cerita ubat. Satu lagi daun yang sering digunakan sebagai ubat ialah daun gelenggang. Saya tak pasti nama saintifiknya. Daun ini sering digunakan untk menghilangkan gatal-gatal di badan. Caranya mudah iaitu dengan meramas-ramas daun tersebut dan di sapukan pada tempat yang gatal. Dulu mana ada kemudahan rawatan moden seperti klinik atau hospital. Jadi bila badan dihinggapi penyakit kaligata iaitu gatal-gatal seluruh badan maka ubat ini lah yang di pakai. Kalau zaman moden ini bolehlah telan antihistamin atau disapukan "calamine cream" atau "hydrocort cream". Masihkah daun ini digunakan, sayapun tak pasti. Rasanya daun ini ada potensi untuk dibuat kajian secara saintifik.

Daun bunga raya juga berguna untuk menyejukkan suhu badan bila demam. Caranya mudah iaitu dengan cara meramas daun ini di dalam air dan disapukan ke kepala hingga rambut bassah. Cara perawatan ini akan lebih mudah bila dicampur satu lagi jenis daun yang bentuknya seperti lipan bara. Saya tak pasti nama daun ini tetapi banyak terdapat di pinggir jalan dan mudah di dapati.Ubat ini amat berkesan untuk menurunkan suhu badan Selain itu tentu kita semua sedia maklum jika demam panas maka digalakkan minum air kelapa muda. Air kelapa juga digunakan bila seseorang itu mengalami penyakit campak. Katanya untuk mempercepat pengeluaran racun campak dari badan. Apakah ini betul ataupun tidak, Wallahualam.
Zaman moden ni bila demam telanlah paracetamol. Macam-macam nama yang ada dipasaran untuk mengatasi masalah demam ni. Tapi perlu diingat demam ni banyak puncanya .Oleh itu jangan ambil ringan. Sekarang ini sedang heboh dengan H1N1, mungkin juga demam disebabkan oleh virus ini ataupun kerana virus dengue. Penyakit dengue sangat merbahaya. Oleh itu jangan ambil mudah.Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital
Sampai jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment