Tuesday, September 15, 2009

Hari ni 15/9/09 bersamaan 25 Ramadhan. Nampaknya 5 hari lagi rayalah kita. Sekarangpun banyak yang dah raya kerana tak tahan melawan nafsu makan. Kad raya dah bertaliarus datang. Itu memang dah tradisi. Kita masih punya 4 malam lagi untuk mengejar Lailatul Qadar. Gunakanlah usia yang masih ada sebelum dijemput yang empunya nyawa. Saya rasa anda fahamkan maksud saya.
Bila sampai waktunya manusia pasti kembali kepada yang empunya nyawa, cuma bila, di mana dan bagaimana itu hak Nya.
Setakat hari ni dah 74 orang yang di jemput berjumpa dengan Tuhannya. Caranya melalui penyakit selesema H1N1. Ini hanyalah penyebab saja .
Pagi ni saya menerima hadiah kueh dan buku dari En.Alwi Lateh suami kepada Almarhumah Dr.Noorfiza yang baru sahaja meninggalkan kita.Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada rohnya semoga di berkati Allah .Tajuk bukunya menarik iaitu Jangan Kecewa .Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Isinya cukup menarik dan boleh memberi motivasi kepada jiwa kita yang mula lemah kerana diasak dengan berbagai masalah. Saya rasa pengalaman yang dilalui beliau sungguh berliku Saya amat bersyukur belum merasai apa yang beliau rasai. Kalau ada yang berhajat nak mendapatkannya bolehlah menghubungi beliau. Tentang harga saya tak pasti.Di kulit buku tu ditulis RM 12.

Kita pun semua tahu yang Dr kita tu meniggal kerana H1N1 iaitu penyakit baru yang ada dalam babi. Rupanya selain h1N1 dalam tubuh babi ada H1N2, H3N1,H3N2. Entah apa lagi hanya Tuhan yang tahu.
Sekarang baru saya tahu. Rupanya influenza ni ada dua jenis. Satu influenza B atau di panggil seasonal flu. Satu lagi Influenza A. Yang tengah mengganas ni adalah influenza jenis A dari strain H1N1. Sampai la ni tak ada vaksin lagi .Yang ada cuma vaksin untuk influenza A bukan spesifik H1N1. Besok saya cerita apa itu vaksin.Sebetulnya banyak orang yang tak faham apa vaksin ni.

Rawatan khusus untuk H1N1 pun belum ada. Yang ada cuma untuk influenza A secara umum seperti Tamiflu atau fluhart . Inipun masyarakat banyak yang tak tahu.
Kabarnya negeri Cina mengaku telah mencipta Vaksin khusus untuk H1N1. Efektif atau tidak belumlah pasti lagi.
Bagi saya setiap kejadian yang terjadi ni kerana ulah manusia. Bila Tuhan murka maka macam-macamlah yang datang menimpa. Masih ingatkah kita beberapa tahun yang lepas terjadi selesema burung, maka di sembelihlah segala jenis burung seperti ayam, itik dan yang seumpamanya. Kalau tak silap tahun 1998 heboh tentang Japanese Encepalytis yang kemudian di tukar nama menjadi virus nipah. Habislah binatang tu di sembelih untuk mengelakkan jangkitan. Nampaknya penyakit wabak ni datang dan pergi tanpa diduga.
Sebagai manusia yang beriman kita kenalah muhasabah diri. Mungkin ada perkara-perkara yang Tuhan tak berkenan yang kita lakukan
Jika nak dibandingkan dengan mangsa Sunami korban H1N1 menjadi tidak signifikan. Apalah 73 orang berbanding 300,000 yang mati di telan Sunami. Kalau kita kaji sejarah umat Muhamad ni Tuhan bagi dos yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan umat Nabi sebelum beliau. Umat Nabi Noh Allah binasakan semua kecuali yang bersama di dalam bahtera Nuh. Oleh itu sempena Ramadan ni marilah kita muhasabah diri dan minta ampun atas dosa-dosa kita.
Wassalam

No comments:

Post a Comment