Wednesday, September 23, 2009

Hari ni 24/9/09 bersamaan 5 syawal.Sambutan raya masih meriah. Malangnya kerana ramai yang berada dijalanraya maka banyak kemalangan yang berlaku. Semalam saja 21 orang yang meninggal akibat kemalangan jalanraya. Setakat 10 hari ops sikap dah 177 orang yang mati di jalanraya. Apakah ini ketentuan Ilahi? Entahlah. Angka kematian ini jauh lebih tinggi dari serangan wabak H1N1 yang menggemparkan sekarang ini. Kata pihak yang berwajib gelombang kedua H1N1 mungkin akan melanda kembali bulan October ni. Tapi yang pasti menjelang Isnin nanti entah berapa orang lagi yang akan mati kerana kemalangan jalanraya.
Semalam pun saya berada di jalan raya kerana berkunjung ke rumah adik dan kakak. Wah luar biasa cara rakyat Malaysia memandu. Ada yang potong di sebelah kanan dan ada yang potong sebelah kiri. Tak kiralah kereta di depan ada atau tidak Yang penting mereka dapat meyelip sudahlah. Motorsikal lebih dahsyat lagi, mereka akan memotong secara zig zag. Jika kita ada masalah jantung sebaiknya jangan memandu kereta terutama di jalan bandar dan jalan JKR. Takut nanti boleh kena heart attack. Sebab itu tak hairan jika banyak yang mati kerana kemalangan sebab cara kita memandu seolah lupa diri dan tak tahu apa yang nak di kejar.

Dua hariraya saya ke pasar raya nak beli beberapa botor air gas. Terperanjut habis saya sebab stok dah tak ada. Begitulah kuatnya masyarakat kita meminum air gas ni. Di Amerika sekarang ini sudah ada gerakan untuk mengharamkan penjualan air bergas ni kerana dituduh sebagai punca Obesity dan penyebab kencing manis. Bagi wanita jumlah gula yang boleh diambil dalam sehari adalah 5 sudu dan bagi laki-laki sebanyak 7 sudu. Bagi satu tin air gas jumlah gulanya adalah 13 sudu dan ini jauh melebihi keperluan maksimum bagi seorang individu. Hasil kajian yang dilakukan didapati rakyat Amerika ketagih meminum air bergas dan masalah obesity sekarang ini menjadi masalah besar bagi mereka dan menjadi penyumbang utama kepada penyakit diabetes. Di Amerika sekarang ini ramai rakyatnya yang berusia muda sudah menghidapi penyakit diabetik. Sebab itu diadakan gerakan untuk mengharamkan pengeluaran minuman bergas. Saya rasa gerakan ini sama mustahilnya dengan menyuruh pengilang rokok berhenti mengeluarkan rokok. Pasaran minuman bergas sudah menguasai seluruh dunia sama seperti pasaran rokok.
Bagi kita apa yang penting adalah kita tahu apa yang perlu dimakan dan diminum dan berapa kerap kita perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Di Malaysia sekarang ini pun banyak pengidap kencing manis yang mengalami kebutaan sebelum berumur 40 tahun dan banyak yang sudah mengalamai kerusakan buah pinggang sehingga bergantung dengan mesin dialysis.Masalah yang sebegini sebetulnya boleh dicegah jika kita mengawal makan minum dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Di samping itu lakukanlah riadah setiap hari sekurang-kurangnya 30 menit. Jangan jadikan alasan tak ada masa kerana riadah tak semestinya harus secara formal. Berjalan kaki ke pejabat atau menaiki tangga ke pejabatpun sudah merupakan riadah. Jika nak berbelanja parkinglah kereta jauh sikit dan berjalan kakilah ke pusat berbelanja. Inipun sudah memadai .Jika anda bangun malam dan solah sunat tahajut dan sebagainya pun dah memadai untuk memenuhi riadah 30 menit tu.
Sayangkanlah diri anda . Kita tentu ingin hidup sihat dan sempurna sebelum kita mati. Semuanya tergantung kepada disiplin diri kita. Masalah utama masyarakat kita kerana ramai yang tak faham kenapa sesuatu penyakit tu datang dan bila dah dapat penyakit macam mana nak mengubatnya. Bagi kencing manis ianya perlu dikawal secara sempurna kerana penyakit ini akan bersama kita sampailah kita mati. Jika tak cukup ilmu tentang penyakit ini yakinlah bahawa kita akan menjadi mangsa komplikasi penyakit ni. Jadi sebelum terlambat kawal makan minum anda.
Wassalam

No comments:

Post a Comment