Tuesday, September 15, 2009

Hari ni 16/9/09 bersamaan 26 Ramadhan. Kita sambung cerita tentang vaksin.Di negara kita program vaksinasi ni berjalan baik. Bila sahaja anak kita dilahirkan maka dia akan dapat suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tuberkulosis dan polio. Lepas tu ada vaksin campak, vaksin hepatitis B dan sebaginya. Bila nak naik haji kena ambil vaksin meningococcal dan influenza vaksin.
Apa dia vaksin yang sebenarnya. Bila seseorang sembuh dari penyakit maka orang tersebut menjadi immun pada penyakit tersebut kerana antibodi kita telah terbentuk.
Dalam badan manusia ni banyak antibodi .Antaranya ialah sel darah putih, mask cell, sel T, glucofag, IGg, IGm, dan sebagainya. Semuanya ini ada peranannya masing-masing untuk melawan penyakit. Bila sistem immun ini tidak berfungsi maka seseorang itu akan jatuh sakit. Contoh yang terbaharu adalah penyakit selesema babi H1N1. Banyak penyakit yang mempunyai immun rendah diserang oleh virus ini. Immun menjadi rendah kerana mereka mengambil ubat steroid dan ubat-ubat kanser. Akibatnya sistem immun menurun dan mudah bagi virus ini untuk menyerang.
Bagaimana vaksin bekerja? Setiap organisma yang menyerang manusia akan mengeluarkan protein yang dipanggil antigen.Antigen ini akan merangsang pengeluaran antibodi yang akan menempel pada organisma ini dan membunuhnya. Setelah itu sistem immun tersebut akan menghasilkan memori yang kekal di dalam tubuh manusia dan bila sahaja organisma yang sama meyerang lagi maka secara otomatik sistem immun tadi akan bertindak untuk menyerang organisma asing tersebut.Jadi sistem inilah yang melindungi manusia dari serangan penyakit yang sama.
Vaksin dapat dibahagi kepada beberapa jenis.
1. Inactivated or killed vaccines. Vaksin ini dilahirkan dengan cara mengisolasi sesuatu organisma yang boleh menyebabkan penyakit dan organisma tadi di bunuh menggunakan formalin.Namun demikian organisma ini masih mampu mengeluarkan antigen yang akan merangsang sistem immun dalam badan manusia. Bila vaksin ini disuntikkan maka badan manusia akan mengeluarkan antibodi untuk membentuk sistem immunisasi pada manusia tersebut .Contoh vaksin jenis ini adalah typhoid dan poliomyelitis
2. Cara kedua ialah menggunakan sebahagian dari antigen organisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti bahagian dinding pada sel protein. Vaksin jenis ini disebut "acellular vaccines'.Contoh vaksin ini adalah Haemophilus influenza B .
3. Cara ketiga pembuatan vakssin adalah dengan melemahkan organisma tersebut melalui pengubahsuaian sistem pertumbuhannya.Proses ini disebut"attenuate"
Contoh vaksin seperti ini adalah measles,mumps dan Rubella.
4. Cara keempat adalah membuat vaksin dari toxin.Caranya adalah dengan melarutkannya kedalam garam aluminum.Akibatnya kesan toksin tadi akan menjadi lemah dan ianya di sebut "toxoid".
Contoh vaksin jenis ini adalah diphtheria dan tetanus.
5. Cara kelima adalah menggunakan organisma yang mempunyai persamaan dengan organisma yang membahayakan manusia tetapi organisma ini tidak mendatangkan bahaya.
Contoh vaksin jenis ini adalah BCG

Dengan perkembangan teknologi maka para saintis telah mampu menggunakan kaedah bioteknologi dan genetic engineering untuk mengeluarkan vaksin. Cara yang digunakan adalah mengambil sebahagian kecil dari organisma tersebut yang disebut subunit vaccines. Gen dari organisma berbahaya tersebut diasingkan dan dimasukkan kedalam bakteria atau yeast sebagai host.Hasilnya akan terbentuk subunit molecules yang mempunyai coding dari arganisma asal bukannya dari host.
Contoh vaksin jenis ini adalah Hepatitis B
Wah nampaknya saya menggunakan istilah yang cukup teknikal untuk menerangkan jenis-jenis vaksin ini. Bagi mereka yang tak pernah belajar sains mungkin susah nak faham tetapi bagi mereka yang pernah belajar maka perkara ini bukanlah asing bagi mereka.
Dengan adanya vaksin maka banyak penyakit yang dahalunya sangat merbahaya tetapi kini sudah dapat dikawal dan manusia terhindar dari penyakit tersebut. Mudah-mudahan akan ditemukan segera vaksin untuk penyakit H1N1.
Bagi mereka yang menjual makanan atau menjadi tukang masak maka mereka perlu mendapatkan suntikan typhoid supaya pelanggan yang memakan masakan mereka tidak dijangkiti seandainya si tukang masak tadi menghidap penyakit ini.
Sebagi ibu dan ayah adalah menjadi kewajipan kita mempastikan anak-anak kita mendapat suntikan vaksinasi yang sepatutnya. Bagi mereka yang baru melahirkan anak maka susukanlah anak tersebut dengan susu ibu kerana susu ibu mempunyai sistem immun yang lengkap untuk melindungi anak tersebut. Dalam agama kita di suruh si ibu menyusukan anak sampai berumur dua tahun. Kalau nak hidup sejahtera maka pakailah ajaran ini. Setiap yang Tuhan suruh pasti memberi kebaikan kepada manusia dan setiap yang Tuhan larang akan mendatangkan mudarat. Jangan ita menjadi orang yang bebal.
Wassalam

1 comment:

  1. Di sini terdapat senarai klinik suntikan typhoid dan kursus pengendalian makanan www.kursuspengendalianmakanan.com

    ReplyDelete