Sunday, September 27, 2009

Hari ni 28/9/09 bersamaan 9 syawal.Dah habiske puasa enam. Masih ada waktu, jangan sampai tak puasa sudah.
Meyambung tentang cerita Pegawai Farmasi(pharmacist) dan Pembantu farmasi.Di hospital kerajaan jawatan ini telah ujud sejak lama dan mereka yang bekerja adalah yang mempunyai kelayakan sesuai dengan jawatan yang disandang. Masalah yang timbul adalah di hospital swasta dan klinik-klinik doktor swasta.Di hospital swasta hanya hospital yang mempunyi lebih dari 30 katil yang perlu mengambil seorang Pegawai Farmasi tetapi jika kurang dari itu maka tidak ada undang-undang yang mewajibkan mereka berbuat demikian. Bagi Pembantu Farmasi pula belum ada undang-undang yang mewajibkan pihak hospital swasta perlu mengambil mereka yang mempunyai kelulusan diploma untuk menjadi Pembantu farmasi. Kebanyakan hospital swasta mengambil pekerja yang hanya mempunyai kelulusan SPM dan melatih mereka sehingga pandai dan menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya di lakukan oleh Pembantu Farmasi. Jadi disegi kelayakan memang tidak memenuhi syarat. Pada peringkat klinik-klinik doktor swasta pula hal yang sama berlaku. Hanya pekerja yang berkelulusan SPM yang menjalankan tugas Pembantu Farmasi. Kita pun tak pasti bilakah pihak yang berkuasa akan membuat peraturan yang hanya membenarkan mereka yang berkelulusan diploma farmasi untuk menjalankan kerja-kerja Pembantu Farmasi.
Bagi saya kalau setakat berkelulusan SPM dan menjalankan latihan sewaktu kerja mereka tidak akan mempunyai cukup ilmu tentang ubat-ubatan dan ini boleh menimbulkan masalah pada pesakit yang menerima bekalan ubat-ubatan dari mereka. Untuk menyediakan dan membekalkan (dispensing) ubat-ubatan kepada pesakit seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sesuatu ubat-ubatan. Pengetahuan ini hanya boleh diperolehi bila mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan diploma dalam bidang farmasi. Kita amat berharap suatu hari nanti pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan mewajibkan semua hospital swasta dan klinik doktor swasta hanya menggaji mereka yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang farmasi untuk bekerja di tempat mereka. Dengan cara ini barulah mutu perkhidmatan kepada pesakit dapat ditingkatkan dan keselamatan pesakit akan terjamin.
Di Malaysia masih belum ada pemisahan antara prescribing dan dispensing kerana doktor yang mempreskrip ubat dan doktor juga yang menjual ubat-ubatan kepada pesakit walaupun dispensing di lakukan oleh pembantu mereka. Apa yang dimaksudkan dengan pemisahan prescribing dan dispensing adalah doktor hanya boleh menulis preskripsi dan dispensing ubat dilakukan oleh Pharmacist. Bila ini berlaku secara otomatis akan ada counter checking kerana sebelum mendispen ubat Pharmacist akan memeriksa preskripsi doktor dan menyediakan ubat-ubatan tersebut. Jika ada kesilapan atau masalah lain maka Pharmacist akan menghubungi doktor yang berkenaan untuk membuat pindaan. Dengan cara ini keselamatan pesakit akan terjamin. Di negara kita klinik doktor swasta dibenarkan untuk menyimpan dan menjual ubat-ubtan terus kepada pesakit. Jadi bila doktor menulis preskripsi hanya pembantu mereka yang cuma berkelulusan SPM akan menyediakan ubat-ubatan tersebut. Sudah pasti pembantu tadi tidak mempunyai pengetahuan yang cukup sama ada terdapat sebarang kesilapan atau masalah pada preskripsi berkenaan. Mereka hanya menyediakan sesuai dengan arahan dari doktor berkenaan. Kita hanya boleh berharap agar tidak akan ada sebarang kesilapan bila doktor menulis preskripsi yang berkenaan.
Di Malaysia juga belum diwajibkan klinik swasta menulis nama ubat pada label ubat. Cukuplah sekedar ditulis ubat demam, ubat batuk dan sebagainya tanpa perlu menulis nama ubat tersebut. Saya rasa amalan seperti ini sudah lama patut dihentikan kerana sebagai pesakit mereka berhak untuk tahu nama ubat yang diberikan kepada mereka. Cuma masalahnya adalah belum ada undang-undang yang mewajibkan doktor menulis nama ubat tersebut.
Kita sama-sama berharap agar pihak yang berwajib menyegerakan pelaksanaan dispensing right di mana doktor hanya boleh menulis preskripsi dan dispensing dilakukan oleh Pharmacist. Artinya bila selesai mendapat rawatan dari doktor pesakit perlu mendapatkan ubat-ubatan dari kedai pharmacy yang berdekatan. Tujuannya adalah seperti yang telah saya terangkan. Memang sebelum ini banyak bantahan tentang perkara ini kerana masyarakat kita belum terbiasa dengan sistem ini. Di negara maju malah di Indonesia sendiri sistem ini telah berjalan cukup lama tanpa sebarang masalah. Jika kita ingin perkhidmatan yang lebih selamat maka tidak ada cara lain kecuali melaksanakan dispensing right.
Jadi terserahlah pada pihak yang berwajib kerana negara lain termasuk negara yang lebih mundur dari kita telah lama melaksanakannya
Wassalam

2 comments:

  1. Salam Tn Hj,

    Ini satu cadangan yang baik & patut diketengah untuk makluman pihak KKM, tertutamanya Pn Esah (Pengarah Kanan Farmasi, KKM). Saya akan maklumkan kpd beliau & kita tengok apa reaksi beliau & tindakan beliau seterusnya.

    Syabas Tn Hj.

    Hamilye

    ReplyDelete
  2. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete