Saturday, May 1, 2010

Hari ini adalah hari buruh.Yang penting hari ini cuti umum.Jadi banyaklah yang mengambil kesempatan untuk balik kampung dan mengadakan kenduri kendara. Jiran saya ada dua orang yang melaksungkan pertunangan pada hari ini.Lepas solat Zohor jemaah surau langsung dijemput untuk menbaca doa selamat. Dah macam nilah tradisi masyarakat kita. Musim bertunang dan berkahwin sekarang ni dah tak perlu lagi menunggu cuti sekolah macam dulu.Masak memasak pun dah tak payah sebab pakai catering.Yang penting ada duit semuanya beres.
Semalam lebuhraya dari KL ke seremban sesak gila .Minggu lepaspun macam tu. Jalan dua lane dah jadi tiga lane tapi jem tetap macam tu, gila habis.Puncanya kereta semakin banyak. Staf biasapun dah pakai kereta.Jadi sampai bilapun tempat parking tak akan cukup dan jalan raya akan menjadi semakin sesak. Pengeluar kereta tempatanpun ada KPI juga nak tingkatkan pengeluaran.Makin tinggi target jualan makin sesaklah jalan raya. Lain macam negara Jerman dan Jepun. Mereka keluarkan kereta untuk ekspot dan hanya sedikit untuk kegunaan dalam negeri.Nak buat macam mana , terima sajalah.

Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca sebuah rencana dalam Yahoo tentang beberapa jenis pekerjaan yang mempunyai stress yang tinggi.Yang paling tinggi stressnya adalah bekerja sebagai anggota BOMBA, kemudian CEO syarikat , diikuti pemandu teksi dan anggota polis. Itu di Amereika , bagaimana pula di negara kita. Di Amerika bila hutan dah terbakar, kesannya luar biasa. Berbulan-bulan baru padam dan ramai anggota BOMBA yang tercedera. Hutan mereka bukan macam hutan kita. Nak padam bukan cukup menggunakan kemudahan di darat tapi perlu ada kemudahan dari udara .Itupun masih sulit nak dipadamkan. Kerjanya memang stress.
CEO syarikat tentulah stress gila. Kat sinipun sama. Kalau KPI tak capai alamatlah kerja tak kekal lama. Silap-silap kena pecat apa lagi kalau bekerja disyarikat besar milik International.Silap sikit boleh masuk ke dalam. Dah berapa ramai CEO yang kena tahan dan dibicarakan atas berbagai tuduhan.

Bawa teksi tentunya amat memenatkan. Waktu saya sering berulang alik dari KLIA dulu saya sering bertanya kepada pemandu teksi airport. kebanyakan mereka memang mengeluh kerja penat dan terpaksa kejar trip. Tuan punya kereta tak mahu tahu.Yang penting sewa harian mesti dibayar. Kerja tak kerja itu urusan pemandu.Kalau duit tak masuk teksi akan di tarik balik.Kata mereka lagi , yang paling menyakitkan adalah sebarang kerosakan pemandu teksi perlu tanggung sendiri.Ada tak ada duit itu urusan sendiri.

Bagi saya stress atau tidak tergantung tahap minda kita. Kalau kita boleh menyerap semua stress yang datang dengan cara yang bijaksana maka ianya tidak akan membebankan. Semuanya itu adalah pesepsi diminda kita sahaja. Ada orang kalau dimarahpun tak meninggalkan kesan. Pokoknya masuk kanan keluar kiri, tak ada kesan langsung. Ada orang yang super sensitif. Marah sikit makan ke dalam hingga memendam rasa.
Kita perlu bijak mengawal emosi dan rasa.Perlu diusahakan untuk menyerap segala tekanan yang datang. Yang penting apapun masalah yang datang perlu diselesaikan dengan bijaksana. Jangan disimpan dalam hati hingga mengganggu ketenangan hidup kita. Hubungan baik dengan pihak atasan dan rakan sejawat perlu dijaga dengan baik. Kalau kita tak mampu menyelesaikan masalah ini maka kita akan sentiasa menghadapi masalah. Sikap hormat dan bertoleransi adalah kunci dalam hal ini.

Hidup berumahtanggapun boleh jadi stress gila jika tak diuruskan dengan baik.Ada kawan saya yang cerita , bila isteri dia mula berleter diapun ambil kunci kereta dan cabut dari rumah.Dia kata kalau ditunggu nanti terjadi pertengkaran dan masalah lebih besar akan timbul.Sebab itu kebelakangan ini banyak berita di akhbar yang melapurkan terjadi perkelahian suami isteri hingga terjadi pumbunuhan. Saya rasa resepi kawan saya ni baik juga.Kalau tidak bila isteri berleter kita diam aja. Tak usah komen apa apa. Pekakkan telinga dan telan saja apa yang didengar. Paling lamapun dia nak berleter adalah setengah jam. Lepas tu diamlah dia. Rasulullah dulupun macam tu. Bila isteri-isteri baginda berleter baginda akan diam sahaja.Tapi berapa ramai diantara kita yang mampu melakukan ini. Kalau nak menjaga keharmonian rumagtangga kuncinya adalah sikap sabar dan toleransi. Bukan senang nak menyatukan dua orang insan yang berbeza faham, latarbelakang dibawah satu bumbung. Kalau waktu bercinta semuanya indah tapi bila dah kawin baru tahu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment