Thursday, October 1, 2009

Hari ni 2/10/09 bersamaan 13 syawal. Berita utama didominasi oleh cerita tentang bencana di Padang. Dikhabarkan lebih dari 1100 orang telah mati dan mungkin banyak lagi yang akan ditemui mati. Yang paling diperlukan oleh mangsa sekarang ini adalah makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Manusia ni sistem pertahanan tubuhnya sangat lemah jika dibandingkan dengan mahluk yang lain. Dari kecil kita terpaksa diberi suntikan vaksinasi untuk melindungi diri dari berbagai macam penyakit.
Semalam heboh dalam suratkhabar tentang vaksin papilloma virus. Pihak pemerintah telah bercadang untuk memberi vaksinasi tersebut kepada semua wanita berumur 13 tahun keatas untuk mengelakkan kanser rahim. Malangnya beberapa hari sebelum ini di England dilaporkan ada wanita yang meninggal setelah menerima suntikan vaksin ini. Jadi CAP telah mencadangkan kepada pemerintah agar membatalkan rancagan untuk memberi vaksinasi tersebut. Setakat ini belum ada sebarang respon.
Vaksin H1N1 masih dalam progres. Cina mendakwa telah menemui vaksin tersebut dan telah mula memberikan suntikan kepada rakyat mereka. Di negara kita setakat ini angka kematian akibat penyakit ini masih bertahan pada angka 77 dan diharapkan tidak akan ada lagi mangsa baru. Beberapa hari ni nampaknya pesakit yang menghidapi dengue telah mula bertambah. Waktu H1N1 sedang pasang dahulu dengue tiba-tiba kurang tetapi bila H1N1 mulai menurun dengue mulai naik kembali. Kenapa begitu hanya Tuhan yang tahu.
Di akhir zaman ni memang akan banyak berlaku penyakit dan gempa dan kita sedang menyaksikannya sekarang. Di hari yang mulia ini iaitu hari Jumaat marilah kita merenungi perkara ini dan muhasabah diri.Mungkin ada kesilapan yang kita lakukan sehingga Tuhan murka. Dalam salah satu akhbar semalam berita utama di muka depan ditulis angry earth. Yang murka bukan alam tapi Tuhan
Manusia memang terdedah pada kesan ubat sejak dalam rahim lagi. Bila siibu makan ubat maka ada diantara ubat tersebut yang masuk ke dalam rahim dan mempengaruhi bayi. Ini yang banyak orang tak tahu dan tak faham .Secara prinsip bila kandungan kurang dari 3 bulan tak digalakkan mengambil sebarang ubat kecuali jika terpaksa. Setelah perang dunia kedua tamat ada kes yang menggemparkan di mana banyak bayi yang dilahirkan cacat anggota tubuh. Setelah dilakukan penyelidikan maka didapati wanita -wanita yang mengambil sejenis ubat yang disebut talidomide telah mengalami masalah ini. Sebahagian dari mereka melahirkan bayi yang cacat anggota tubuh. Sewaktu saya mula kuliah dulu pensyarah selalu berpesan supaya mengingatkan ibu-ibu yang mengandung jangan mengambil ubat tetracycline kerana dikuatiri bayi yang lahir nanti akan mengalami kecacatan gigi di mana semua gigi akan berwarna kuning. Sekarang ubat ini dah tak lagi digunakan.
Banyak ubat-ubatan yang dianggap selamat akhirnya menimbulkan masalah kepada manusia. Perkara itu hanya diketahui setelah beberapa tahu kemudian. Secara umumnya jika kita mengandung kita hanya perlu makan ubat setelah mendapat nasihat dari pakar. Bagi mereka yang mengandung hanya vitamin sahaja yang boleh dimakan kecualilah jika terpaksa makan ubat lain atas nasihat doktor. Jangan campuradukkan dengan ubat-ubatan sama ada modern atau tradisional yang tidak pasti kegunaannya . Sayangi diri dan bayi anda.
Banyak ubat yang bila dimakan oleh ibu boleh sampai kepada bayi melalui placenta. Oleh itu ibu-ibu yang mengandung perlu memberi maklumat yang cukup kepad doktor yang merawat anda dan pastikan hanya makan ubat bila diarahkan oleh doktor.Jangan terpengaruh dengan nasihat orang lain apa lagi ubat-ubatan yang dijual oleh agen jualan langsung .
Di samping melalui placenta ubat juga boleh sampai kepada bayi bila siibu menyusukan anak. Banyak ubat yang terdapat dipasaran boleh masuk ke dalam susu ibu bila siibu memakan ubat tersebut. Oleh itu bila memakan sesuatu ubat dan anda menyusukan bayi maka dapatkan maklumat yang lengkap. Jika tak pasti hubungi Pegawai Farmasi yang bertugas supaya beliau dapat memberikan nasihat yang sewajarnya. Hati-hati dalam perkara ini kerana ada ubat yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi anda.
Cukup buat hari ini. Wassalam

No comments:

Post a Comment