Friday, October 23, 2009

Hari n i 24/10/09 bersamaan 5 zulhijah.
Menyambung tentang cerita semalam. Saya yakin ramai yang pernah dengar tentang ubat generik dan ubat paten atau branded. Tahu kah anda apa beza antara keduanya. Ubat paten dicipta oleh sesebuah syarikat melalui penyelidikan yang panjang dengan menelan belanja yang cukup besar. Diperlukan jutaan ringgit untuk menemukan sesuatu ubat baru. Oleh itu mereka diberi hak 20 tahun untuk mengeluarkan ubat tersebut secara solo tanpa membenarkan orang lain untuk menirunya. Ini adalah peraturan antarabangsa. Setelah waktu paten tamat barulah syarikat lain diberi kebenaran untuk mengeluarkan ubat yang sama tapi tentunya formulasinya berbeza. Artinya sama tapi tak serupa. Yang sama adalah kandungan bahan aktif ubat tetapi ingredient yang lain berbeza termasuk formulari. Ibarat membuat kueh resepi boleh sama tapi rasa dan keenakan berbeza.
Yang menentukan keberkesanan sesuatu ubat bukan setakat bahan aktif tetapi banyak faktor. Yang paling penting adalah bioavailability sesuatu ubat ditempat yang menjadi target.
Keberkesanan sesuatu ubat akan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
-Onset time artinya berapa cepat ubat dapat dilepaskan dan diserap kedalam saluran darah.
-Berapa banyak yang akan diserap
-Berapa banyak yang akan sampai ketempat sasaran atau target
-Berapa berkesan ubat tersebut bila bekerja di tempat sasaran
Semuanya ini tergantung formulasi ubat dan formulasi hanya boleh didapati melalui penyelidikan yang teliti dan menelan belanja yang banyak. Walaupun waktu paten telah tamat pengeluar asal masih boleh meneruskan pengeluaran ubat tersebut. Banyak orang menganggap ubat paten sama sahaja dengan ubat generik. Bagi saya ada perbezaan antara ubat paten dengan ubat generik. Dari segi keberkesanan ubat paten jauh lebih baik kerana mereka mencipta ubat melalui penyelidikan yang panjang sedangkan pengeluar ubat generik hanya meniru keluaran tersebut. Ibarat membandingkan kereta keluaran negara maju dengan negara membangun. Tentu ada perbezaan yang ketara dari segi mutu enjin, kekuatan badan kereta, kecepatan pecutan, keselesaan dan ciri-ciri keselamatan. Hanya mereka yang pernah memandu keduanya dapat memberikan komen tentang perbezaan tersebut. Oleh itu harga kereta keluaran negara maju jauh lebih mahal dari kereta negara membangun tetapi orang akan tetap membelinya. Begitu juga dengan ubat paten atau branded walaupun mahal tapi tetap menjadi pilihan.
Saya sekarang sedang membaca buku "The world is Flat" karangan Thomas L Friedman. Buku ini termasuk best seller di Amerika. Buku ni cukup tebal dan akan mengambil waktu yang agak lama untuk dihabiskan. Kerja makan gaji ni macam tulah. Siang haji seharian di pejabat. Sampai rumah dah hampir magrib. Masih untung demikian. Ada yang sampai rumah dah tengah malam.Lepas tu bila masuk magrib dah kesurau dan hanya pulang rumah setelah selesai solat isya'. Selang waktu antara magrib dan isya' adalah waktu yang sesuai untuk berzikir, membaca al quran dan solat sunat. Kalau tidak kapan lagi. Balik dari surau kena ngajar anak pula. Sekarang ni anak-anak sekolah sangat betgantung pada tusyen dan bimbingan langsung dari ibubapa. Kalau tidak banyaklah benda yang dia tak faham. Saya pun tak pasti kenapa perkara ini terjadi. Apakah mereka tak faham apa yang diajar oleh guru atau bahan pelajaran terlalu banyak atau tak boleh konsentrasi dalam kelas. Dah menjadi trend dah macam tu. Jika dulu waktu saya sekolah saya bergantung sepenuhnya kepada pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Zaman tu mana ada tusyen kerana tinggal di kampung. Emak ayah pula petani memang tak tahu langsung tentang apa yang di ajar di sekolah. Terserahlah apa nak jadi.Buku teks zaman tu turun temurun dari abang yang sulung hingga ke adik bungsu. Sukatan pelajaran sama saja .Jadi buku boleh diturunkan kepada adik-adik. Tapi sekarang setiap tahun buku teks di tukar. Lain sekolah lain pula bukunya. Tentulah kos juga tinggi bagi ibu bapa. Nak buat macam mana. Zaman dah berubah. Dulu lain sekarang lain.
Wassalam

No comments:

Post a Comment