Monday, October 19, 2009

Republic of Ireland adalah sebuah negara kecil. Penduduknya cuma 4.5 juta orang iaitu 25% dari penduduk Malaysia. Tapi kemajuan pendidikannya luar biasa. Walaupun menggunakan mata wang Euro yang lima kali ganda dari ringgit, rakyat Malaysia berlumba-lumba ingin belajar di sana. Ini lah dia kekuatan ilmu. Sebab itu Rasullullah sangat mengutamakan ilmu dan dalam satu hadis ada diriwayatkan apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu:doa anak yang soleh, ilmu yang tiajarkan dan harta yang diwaqafkan. Sewaktu saya berjalan-jalan di pusat beli belah di Dublin sempat juga berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia. Salah seorang yang saya jumpa berasal dari Kajang. Katanya dah tiga tahun tak balik kerana kasihan emak ayah yang berbelanja besar untuk menyekolahkannya. Rupanya pelajar ini di taja oleh orang tuanya. Beliau mengikuti pengajian ACCA . Katanya nanti kalau dah selesai baru pulang dan lepas tu jika ada peluang nak kerja pula di Dublin.
Kota Dublin hanya mempunyai penduduk 1.3 juta. Sikit sangat. Sebab tu jalan di Dublin tak jem. kalau di KL sampai ke pagipun masih jem kecuali musim hariraya.Suhu sewaktu kami di sana adalah 15 deg.centigrade. Ada yang kata musim autumn dan ada yang kata musim summer. Yang mana satupun saya tak pasti. Tapi driver teksi kata we only have summer and winter.Jadi summerlah kot. Suhunya sangat nyaman dan enak. Sebab tu barang kali banyak rakyat malaysia yang belajar di sana malah ramai juga yang bekerja dan berumahtangga di sini. Saya tengok pemanduan kereta macam Malaysia sebab pemandu di sebelah kanan. Socket letrikpun macam Malaysia. Jadi tak perlu adaptor. Langsung boleh pakai.Motorsikal jarang sekali. kalau adapun jenis yang besar-besar. Mat Salleh ni tak pandai merempet macam tempat kita. Lagipun jam 6 petang kebanyakan premis perniagaan dah tutup. Bar-bar tu banyak yang buka. Kalau nak hentikan rempet ni mungkin jangan benarkan motor kapcai. Tapi tentu sulit kerana kenderaan sebegini milik rakyat. Lainlah di negara maju.
Saya ada ternampak dua buah restoran yang menggunkan nama tempat di Malaysia. Tak payah sebut nama secara spesifik nanti takut menyinggung mana-mana pihak. Sayang sekali kedua restoran tersebut tidak menjual makanan halal. Jadi makan roti dan mee segeralah kami. Menurut keterangan student yang saya jumpa ada restoran pakaistan tapi jauh sikit dari tempat kami. Oleh kerana kunjungan kami singkat makan rotipun tak apalah. Bagus juga nak rehatkan sikit perut tu.
Oleh kerana banyak sangat berjalan tiap-tiap hari maka otot kaki saya dah mula tegang. Saya cuba cari minyak gosok di kedai farmasi tapi harganya sungguh mahal. Satu botol kecil berharga 7.25 euro. Dalam ringgit tinggal di kali dengan angka lima. Kat Malaysia cuma RM 2 . Gitulah mahalnya harga ubat di sana. Sebagaimana biasa saya kalau berjalan jauh akan membawa bekalan ubat secukupnya. Antara yang dibawa adalah ubat demam, ubat ceret beret, ubat sakit kepala, ubat gatal, ubat batuk dan ubat selesma. Salah satu ubat yang saya bawa adalah betamethasone cream. Ubat ini untuk menghilangkan gatal kulit atau bengkak-bengkak. Tapi kerana ubat gosok tersangat mahal maka saya sapukan juga pada otot kulit saya. Saya yakin ubat ini akan membantu kerana ketegangan otot di sebabkan oleh inflamation atau peradangan otot. Jadi betamethasone ni secara prinsipnya untuk menghilangkan inflammation. Jadi bila disapukan pada kulit ubat ini akan meresap kedalam otot yang bengkak. Alhamdulillah tegang otot saya hilang. Wah nampaknya saya dapat ilmu baru.
Wassalam

No comments:

Post a Comment