Sunday, October 18, 2009

Hari ni 19 /10/09 bersamaan 30 syawal. Dah satu minggu saya tak menulis kerana menghadiri conference di Dublin Ireland. Saya berangkat ke London pada 10/10/09 bersama dengan Medical Director tempat saya bekerja.Kami berangkat pada pukul 9.50 pagi dengan Air Asia. Syukur kami mendapat kemudian tempat duduk Premium. Jadi selesalah sikit kerana penerbangan mengambil masa 13 jam setengah. Biasalah dalam pesawat kena beli makanan kerana itulah sistem yang diamalkan oleh penerbangan Low Cost.Tak ada masalah yang penting ada duit .Berapa kali nak order tak jadi soal asalkan bayar. Pesawat ni cukup penuh dengan penumpang. Kelas Premium adalah beberapa tempat duduk yang kosong. Perjalanan kami cukup selesa, tak ada sebarang masalah. Kami mendarat di lapangan Stransted London pada pukul 4.50 petang waktu setempat. Kalau dikira jam Malaysia waktu tu dah jam 11.50 malam. Jadi perbezaan waktu adalah 7 jam dimana waktu Malaysia lebih di kedepan.
Sampai di Stansfed kami terpaksa mengambil luggage untuk check in semula dengan Ryanair ke Dublin. Penerbagan ke Dublin adalah pada 7.35 petang waktu London dan Sampai di Dublin jam 8.50 malam. Tak ada perbezaan waktu antara London dengan Dublin. Sewaktu nak check in ke Dublin semua menggunakan mesin untuk membayar airport tax. Dahlah mengelabah kami kerana tak pernah menggunakan mesin tersebut. Information counter pula tak ada.Saya tanya dengan petugas di bahagian kargo tapi tak dilayannya. Jadi setelah beberapa kali mencoba akhirnya berjaya juga kalau tidak alamat mis lah penerbagan ke Dublin. Perjalanan ke Dublin mengambil waktu 1.15 jam. Penerbangan dengan Ryanair cukup lancar tapi pesawatnya cukup penuh dan tempat dudukpun padat. Jadi macam sardinlah.Nampak gaya cukup ramai orang yang berulang alik dari London ke Dublin.Pesawat nipun jenis low cost. Tak ada makan tak ada minum.
Berat luggage yang dibenarkan cuma 15 kg dan hand luggage 10kg. Cukuplah untuk bawa pakaian sahaja.Saya macam biasa bawa mee segera dan roti untuk bertahan selama 1 minggu di Dublin. Mujur daging serunding tak dirampas oleh pihak kastam. Waktu nak cek in tu tali pinggangpun kena buka selain dari hand phone,jacket dan beg semua kena masuk mesin x ray.
Perjalanan dari airport Dublin ke hotel ballbridge cuma mengambil masa setengah jam.Jaraknya 15 kilometer. Bayaran yang dikenakan adalah 26 Euro.Kalau ikut duit kita macam mahal kerana 1 euro bersamaan RM 5 tapi kalau ikut kadar mereka tambang tu saya rasa munasabah.Pemandu teksi ni pun tersalah menurunkan kami di hotel lain kerana nama hotel hampir sama. Hotel yang telah dibooking adalah hotel Ballbridge court tapi kami diturunkan di hotel Ballbridge Inn. Syukur hotel yang kami cari tu terletak hanya di belakang hotel Ballbridge Inn. Jadi kami hanya jalan kaki saja ke sana. Ballbridge Inn dan Ballbridge Court adalah di bawah satu syarikat.
Sampai di hotel macam biasa masak mee segera kerana nak order makanan di hotel takut tak halal. Fasiliti di hotel macam biasalah. Saya rasa hotel ni 4 bintang. Semua booking diuruskan oleh syarikat tempat kami bekerja.
Tempat conference adalah di hotel Ballington terletak 20 minit jika berjalan kaki. Hari pertama tu pagi pagi lagi kami cuba berjalan kaki tapi tersesat dan akhirnya kena juga ambil teksi. Cajnya 7 euro. Jadi petang tu kami dah tahu jalan pulang dan mulalah jalan kaki. Besok paginya kami ternampak beberapa orang peserta conference mengikut jalan pintas ke Ballington dan apa lagi kamipun mengekorlah dari belakang. Syukur memang Allah memberi kemudahan pada kami kalau tidak hari-hari naik teksi parah juga kerana membayar dalam euro.
Waktu pagi saya cuma makan roti. Waktu rehatpun roti lagi . Makan tengahari takut nak makan di hotel kalau-kalau tak halal.Jjadi balik juga ke hotel tempat kami menginap. Macam biasa masak mee segeralah. Itulah rutin kami dari hari Ahad sampai khamis.Pagi berjalan kaki 20 menit. Tengahari pulang 20 menit kemudian 20 menit lagi untuk ke ballington.Petang kami merayau di bandar Dublin. Jalan kaki hampir 1 jam. Selama di Dublin berat badan turun 1 kg.
Malam ketiga boss ajak rombongan dari Malaysia makan malam di rumah anak dia yang nenetap di Dublin .Jadi merasalah masakan Malaysia. Apa lagi makanlah sepuas-puasnya.
Besok kita sambung. Wassalam

No comments:

Post a Comment